MENU

25 September 2021-Clr. Tuan Mahader Ahmad Mohammad Ayob, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI telah melancarkan Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Bandar Baru Menglembu pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Tuan Haji Musa bin Dun, Pengarah Kanan (Pentadbiran & Operasi) MBI, Encik Mohd Alias bin Kamaruddin, Pengarah Kesihatan Bandaraya MBI, Encik Manisegaran a/l Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBI dan Encik Kuan Wai Kiat, Pengerusi JPP Zon Menglembu.

Sejumlah 845 tong sampah (120 liter) telah diagihkan kepada penduduk Bandar Baru Menglembu sempena program CSR MBI ini.

Semoga program kebersihan ini akan membantu mendidik wargakota Ipoh agar terus prihatin terhadap kebersihan persekitaran serta menjadi contoh dan teladan ke arah amalan budaya hidup norma baharu wargakota Ipoh.