MENU
Majlis Bandaraya Ipoh akan membuka semula operasi Tasek Cermin pada 15 Januari 2022 dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setelah berpuashati dengan hasil siasatan kejadian yang berlaku di Tasik Cermin baru-baru ini.
 
Walaubagaimanapun, pihak Majlis berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
 
Majlis berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin berkenaan akan merancakkan lagi sektor pelancongan serta menjadi antara produk pelancongan utama di Bandaraya Ipoh.
 
MAJLIS BANDARAYA IPOH