MENU
4 September 2021-Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya MBI telah melancarkan Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Taman Buntong Ria pagi tadi.
 
Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Ganesan a/l Athinarayanan, Ahli Majlis MBI Zon 7, Tuan Haji Musa bin Dun,
Pengarah Kanan-Pentadbiran & Operasi MBI, Encik Mohd Alias bin Kamaruddin, Pengarah Kesihatan Bandaraya MBI dan Encik Manisegaran a/l Subramaniam, Ketua Penolong Pengarah Kesihatan MBI.
 
Sejumlah 300 tong sampah (120 liter) diagihkan kepada penduduk Taman Buntong Ria oleh MBI.
Semoga program kebersihan ini akan membantu mendidik wargakota Ipoh agar terus prihatin terhadap kebersihan, menjadi contoh dan teladan serta amalan budaya wargakota Ipoh.