MENU

23 Januari 2022- Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh merasmikan penutupan Program Pembangunan Kemahiran Usahawan Sosial “Trash2cash’ Membuat Beg Perhiasan Dari Plastik Buangan pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Dr. Richard Ng, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Ipoh City Watch selaku Penganjur bersama Jabatan Pembangunan Wanita, Lions Club of Perak Silver State dan Rukun Tetangga Pangsapuri Ashby Road.

Bengkel Siri ketiga sejak bulan April 2021 tersebut sehingga kini telah melibatkan seramai 100 orang peserta wanita. Program yang dijalankan melalui pembiayaan Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tersebut telah dibimbing sendiri oleh Clr Dr. Richard Ng dengan dibantu oleh beberapa orang pembantu dari kalangan NGO.

Semoga usaha murni ini akan membantu MBI mencapai hasrat mejadikan Ipoh bandar terbersih pada tahun 2023 dan Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2030.