MENU
12 November 2021-Y.Bhg.Dato' Rumaizi bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh mewakili MBI menjadi
Rakan Usahasama Art In The City 2021 yang disempurnakan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa, Menteri KKMM malam tadi di Ilham Ballroom, Element, Westin Kuala Lumpur. Ia turut dihadiri oleh Puan Izan Satrina Mohd Sallehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA.
 
Art In The City yang berlangsung dari 14 Oktober hingga 28 Disember 2021 menyajikan pelbagai program seni yang menarik seperti forum, kelas seni, dialog, pelancaran produk seni, festival, pameran dan banyak lagi di bandaraya Kuala Lumpur dan di beberapa negeri di seluruh negara.
 
Program tahunan Art In The City ini adalah usahasama antara beberapa Kementerian serta agensi kerajaan, serta pihak swasta dan diterajui oleh CENDANA sebagai antara usaha penting di bawah Belanjawan 2021 dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
 
CENDANA telah diwujudkan untuk memacu Ekosistem Kreatif dengan Memperkasakan Seni,  Memperkuatkan Komuniti Kreatif dan Meneraju Menyusun Semula Struktur dan Dasar. Matlamat utama kami adalah agar Malaysia dikenali dengan penggiat-3 seni yang hebat dan sekaligus menjadikan seni budaya sebagai antara pemangkin utama ekonomi negara.
 
CENDANA diwujudkan dibawah MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (sebuah syarikat milik penuh MOF Inc.) yang melaporkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
 
Semoga program tahunan Art In The City dengan sokongan padu KKMM yang telah dilancarkan pada 30 September 2021 akan menjadi antara usaha strategik untuk memulihkan sektor seni budaya pasca COVID-19 dan menyemarakkan kembali ekonomi kreatif negara.