MENU
5 Ogos 2022- Lebih 200 warga MBI telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat MBI 1444H/2022M pagi tadi. Ia turut dihadiri Y.Bhg. Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Clr. Tuan Haji Abu Bakar bin Hussian, Ketua WHIP AhliMajlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abdul Rahman, Ketua WHIP AhliMajlis MBI, Ahli Majlis MBI, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
 
Penganjuran program Maal Hijrah ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam usaha untuk mengimarahkan lagi Majlis ini serta membantu meningkatkan syiar Islam di Bandaraya Ipoh.
 
Menurut Dato' Rumaizi Baharin @Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Sambutan Maal Hijrah membawa makna yang sangat besar dalam kehidupan kita dan peristiwa hijrah itu sendiri merupakan titik tolak kepada transformasi umat manusia yang mana kita perlu sentiasa mengambil iktibar dan dilaksana ke arah melakar kecemerlangan dunia dan akhirat.
 
Sehubungan itu, sebagai Pihak Berkuasa Tempatan di Bandaraya Ipoh ini, MBI mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar terhadap wargakota Ipoh.
 
MBI perlu merancang dan melaksanakan pelbagai program komuniti dan pembangunan untuk memenuhi keperluan asas wargakota Ipoh, tidak mengira bangsa dan agama, lebih-lebih lagi mereka yang hidup dalam kesusahan.
 
Sr. Rohayah binti Haji Abdul Kadir, Mantan Pengarah Kanan -Perkhidmatan MBI dan Encik Ahmad Lutfi bin Abdullah Sani, Penolong Jurutera dari Jabatan Teknologi Maklumat telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat Majlis Bandaraya Ipoh 1444H/2022M. Sebelum itu, Ustaz Mohamad Kamaruzzaman bin Haji Daud, telah mengalunkan bacaan Al-Quran dan doa.
 
Semoga Sambutan Maal Hijrah 1444H/2022M Peringkat MBI ini akan menjadi pemangkin kepada warga MBI untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang kepada Bandaraya Ipoh.