MENU

26 September 2021-YB Datuk Seri Dr. Santhara Kumar a/l Ramanaidu, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak meninjau beberapa lokasi pelancongan di Bandaraya Ipoh iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang, Gua Mat Soorat, Pekan Lama Ipoh dan Lost World of Tambun hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, Cik Nurmalis binti Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Puan Zuraida Md. Taib, Pengurus Besar Tourism Perak, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.