Aktiviti & Berita

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Ipoh, 11 Oktober 2025 – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya penganjuran peringkat kebangsaan diadakan di luar Lembah Klang, dengan Bandaraya Ipoh dipilih sebagai tuan rumah rasmi.

Langkah bersejarah ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas dan merakyatkan budaya sukan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, perpaduan dan gaya hidup sihat.

Majlis perasmian HSN 2025 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, disertai pelbagai pengisian menarik merangkumi aktiviti kecergasan, pertandingan sukan serta program komuniti yang melibatkan ribuan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Dato' Sri Mohd Khalid bin Ismail, Ketua Polis Negara; YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Ketua Pengarah ICU JPM; serta YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir mengiringi Ketua Setiausaha Negara sebagai pegawai pengiring rasmi sepanjang majlis berlangsung, di samping menyantuni para peserta dan tetamu kehormat yang hadir.

Selepas majlis berakhir, Datuk Bandar Ipoh turut menghadiri program di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Seri Iskandar, sempena Syarahan Awam bertajuk “Universiti sebagai Aset Strategik: Merencana Masa Depan Malaysia melalui Bakat, Teknologi dan Transformasi”, serta Majlis Perasmian Panel Solar Bumbung Tunggal Terbesar di Malaysia, hasil kerjasama antara UTP dan Gentari.

Inisiatif ini menjadi simbol komitmen negara terhadap agenda tenaga hijau dan kelestarian, di samping membuka peluang kepada mahasiswa untuk berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan tertinggi negara. Ia sekali gus memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi sebagai pemangkin inovasi, pembangunan mampan, dan kemajuan masa depan Malaysia.

558226740 1197677129051472 6780570299487491164 N
558428215 1197677075718144 5335410477566528448 N
558441411 1197677299051455 5821769624669473008 N
559000322 1197677269051458 926968029101063335 N
559024092 1197677212384797 9200019516170180371 N
559131614 1197677262384792 2533460172910234951 N
559136273 1197677229051462 4457585877607508360 N
559472120 1197677292384789 5355823467192051351 N
559879434 1197677155718136 8974493527021744772 N
560163465 1197677319051453 8994583631743530393 N
561183947 1197677085718143 6674345375174237186 N
561401682 1197677122384806 4821121639133828978 N
562354123 1197677162384802 3380846104368507631 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945248