Aktiviti & Berita

LAWATAN DELEGASI MAJLIS BANDARAYA IPOH KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI PERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK ANTARA PBT

Ipoh, 9 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan lawatan penandaarasan di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam satu lawatan rasmi yang berlangsung dengan suasana mesra dan harmoni.

Delegasi seramai 30 orang itu diketuai oleh Puan Normala binti Latiff, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI dan di sambut mesra oleh Ts. Siti Rafidah binti Ariffin, Pengarah Teknologi Maklumat, MBIP.

Lawatan ini bertujuan mempelajari berkaitan pelaksanaan pengurusan portaI. Portal MBI adalah sangat penting kerana ia menjadi pintu masuk digital utama untuk wargakota Ipoh mengakses maklumat, perkhidmatan, dan interaksi rasmi dengan MBI. Portal MBI mencerminkan tahap profesionalisme, ketelusan, dan kecekapan serta merangkumi pelbagai fungsi penting yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, pentadbiran, pembayaran, dan aduan.

Dalam pada itu, delegasi MBI juga turut di beri kesempatan melawat Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru.

MBI amat menghargai lawatan seumpama ini yang menjadi platform penting bagi pertukaran idea, pemindahan pengetahuan serta perkongsian amalan terbaik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Inisiatif ini diyakini dapat memberi impak positif kepada usaha berterusan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh kerjasama antara agensi demi kesejahteraan rakyat.

Majlis turut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan.

557573217 1195947079224477 3183643151961141953 N
557739039 1195947012557817 2337784465318142551 N
558308825 1195947245891127 3087210273328754475 N
558947020 1195947065891145 8648353699684130767 N
558989813 1195947295891122 8367770112574559159 N
559123469 1195947132557805 7840590270669384752 N
559166266 1195947159224469 5292078854523395796 N
559313209 1195947015891150 25027246070599577 N
560030047 1195947205891131 1052191587820792212 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6936290