Aktiviti & Berita

SESI KUNJUNG HORMAT DARIPADA KOMANDAN AKADEMI TENTERA UDARA

Ipoh, 8 Oktober 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada Kolonel Nurul Amir bin Othman, Komandan Akademi Tentera Udara di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan silaturrahim serta meneroka potensi kerjasama strategik antara MBI dan pihak TUDM khususnya dalam aspek pembangunan komuniti, keselamatan, serta penglibatan bersama dalam program kemasyarakatan di sekitar bandar raya Ipoh.

YBhg. Datuk Bandar turut merakamkan penghargaan atas peranan dan sumbangan warga TUDM dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat, selain berharap agar hubungan baik ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang.

557801804 1194238532728665 7961774858077836363 N
558093756 1194238516062000 629457103534985234 N
558975657 1194238479395337 8203893206428102820 N
560940348 1194238486062003 259952954202832432 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6936257