Aktiviti & Berita

PROGRAM HANDHOLDING PENYEDIAAN / PEMANTAPAN PELAN PENGURUSAN KESELAMATAN PERKHIDMATAN

Ipoh, 14 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah menganjurkan Program Handholding Penyediaan/Pemantapan Pelan Pengurusan Keselamatan Perkhidmatan, bertempat di Ipoh Convention Centre (ICC).

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Anuar bin Seran, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Kedah dan peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kanan MBI.

Sebelum program bermula, Encik Anuar bin Seran telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya di MBI.

Pertemuan tersebut membuka ruang pertukaran pandangan berkaitan pelaksanaan dasar dan amalan terbaik kesinambungan perkhidmatan di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Dalam pada itu, turut dikongsikan mengenai Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) yang merupakan satu perancangan holistik merangkumi sumber, proses, peranan dan tanggungjawab bagi memastikan perkhidmatan kritikal sesebuah organisasi dapat diteruskan serta dipulihkan dengan segera sekiranya berlaku gangguan atau bencana.

PKP ini bertujuan memastikan organisasi sentiasa bersedia, memiliki daya tahan yang tinggi dan fungsi utamanya tidak terjejas, dengan penekanan diberikan kepada komunikasi yang jelas, ketercapaian maklumat serta kepimpinan yang berkesan semasa krisis.

559368166 1199772742175244 6463026236791390039 N
559394030 1199772692175249 4820595230210735354 N
559965117 1199772705508581 8309089080255608231 N
559982261 1199772728841912 8585756683253376728 N
560025962 1199772818841903 5147947547083205749 N
560238389 1199772772175241 7277987940503134872 N
561071970 1199772908841894 5807110336294131440 N
561757572 1199772782175240 5525858353966179353 N
564072535 1199772865508565 7977541468131134139 N
564551277 1199772855508566 100598163932608314 N
565136634 1199772808841904 1204815399398018832 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945132