Aktiviti & Berita

LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA IPOH ERATKAN HUBUNGAN STRATEGIK ANTARA PBT

Ipoh, 13 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima lawatan penandaarasan daripada delegasi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam satu lawatan rasmi yang berlangsung dengan suasana mesra dan harmoni.

Delegasi seramai 35 orang itu diketuai oleh TPr. Hj. Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS dan disambut mesra oleh Puan Normala binti Latiff, Pengarah Khidmat Pengurusan MBI.

Lawatan ini bertujuan mempelajari pelaksanaan Pengurusan Bandar Pintar yang telah dipraktikkan oleh MBI.

Pengurusan Bandar Pintar Majlis Bandaraya Ipoh mentadbir, merancang, dan menyediakan perkhidmatan bandar menggunakan teknologi pintar untuk meningkatkan kecekapan, kemampanan, dan kualiti hidup penduduk.

Bandar pintar yang dipraktikkan oleh MBI yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta data untuk:

* Meningkatkan kecekapan operasi,
* Menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik,
* Meningkatkan kebajikan wargakota Ipoh,
* Menggalakkan pembangunan mampan.

Sesi taklimat telah berlangsung di Bilik Gerakan MBI dan taklimat telah disampaikan oleh En. Zulkefli bin Osman, Penolong Pengarah Kanan Perancangan Bandar (Rancangan Pemajuan) dan En. Izdihar Niszar Syafiq bin Sarlan, Penolong Pengarah KananKerja Awam (Lalulintas).

MBI amat menghargai lawatan seumpama ini yang menjadi platform penting bagi pertukaran idea, pemindahan pengetahuan serta perkongsian amalan terbaik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Inisiatif ini diyakini dapat memberi impak positif kepada usaha berterusan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh kerjasama antara agensi demi kesejahteraan rakyat.

Majlis turut diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan pertukaran cenderahati antara kedua-dua pihak sebagai simbolik kepada hubungan kerjasama yang erat dan berterusan.

558874571 1198849158934269 1751484548639082537 N
559365134 1198849075600944 6707104930040947512 N
559511362 1198849128934272 2177962901560879823 N
559950323 1198849082267610 5554968719451244629 N
560061698 1198849055600946 2565255476769986519 N
560582827 1198849168934268 8001230676030212023 N
561696672 1198849185600933 72587238743615692 N
561950671 1198849035600948 66648887273468671 N
564205499 1198849122267606 6710062507388896302 N
564594668 1198849102267608 665583574005546507 N
565091088 1198849108934274 8548497542973532632 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945152