Aktiviti & Berita

OPS BANTUAN PEMBERSIHAN PASCA BANJIR – TAIPING

30 Oktober 2025- Operasi bantuan pembersihan pasca banjir telah dilaksanakan pada 30 Oktober 2025 (Khamis) di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Taiping, iaitu di Kampung Expo, Kampung Expo Tambahan, Taman Larah Damai dan Taman Kamunting Mutiara, Taiping. Operasi ini dijalankan bagi membantu kerja-kerja pembersihan dan pelupusan sampah pukal di kawasan kediaman yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.

Operasi ini melibatkan kerjasama antara beberapa jabatan di bawah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran dengan kekuatan anggota seramai 30 orang, empat orang anggota masing-masing daripada Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan, serta Jabatan Kerja Awam (Bengkel & Pengangkutan).

Bagi melancarkan operasi di lapangan, beberapa jentera turut digunakan iaitu dua unit lori Roro dan dua unit lori terbuka.

Kerja-kerja pembersihan dilaksanakan secara berperingkat di kawasan yang terjejas dengan tumpuan kepada pengumpulan sampah pukal dan pembersihan persekitaran bagi memastikan kawasan kediaman penduduk berada dalam keadaan bersih serta selamat.

Operasi ini menunjukkan komitmen berterusan Majlis Bandaraya Ipoh dalam menyalurkan bantuan kepada kawasan yang terjejas akibat bencana, selain memperkukuh semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan anggota yang terlibat.

571780467 1214674267351758 7516884168005104752 N
572034242 1214674204018431 8993992770679144632 N
573322894 1214674224018429 3291547439864446178 N
574466526 1214674230685095 7794043304903268360 N
574965651 1214674214018430 7996317932775511070 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6936296