Ipoh, 26 Oktober 2025 – Majlis Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Perak 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Indera Mulia, Ipoh malam tadi.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, telah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis berkenaan.
Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Majlis turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 70 anak yatim daripada 7 pusat jagaan sekitar negeri Perak.
YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Negeri Perak.