Aktiviti & Berita

KEJOHANAN GOLF SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SIRI 7 / 2025

Ipoh, 26 Oktober 2025 – Kejohanan Golf Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Siri Ke-7 Tahun 2025 telah berlangsung di Jubilee Ballroom, Royal Perak Golf Club (RPGC), Ipoh.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan mencemar duli berangkat ke Kejohanan tersebut.

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa, serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; serta para Ketua Jabatan dan wakil agensi kerajaan negeri.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Santapan Tengah Hari Diraja turut diadakan bagi meraikan para pemenang kejohanan serta tetamu kehormat.

Dalam majlis yang sama, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, turut menerima cenderamata sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan kerjasama MBI dalam menjayakan penganjuran kejohanan golf berprestij ini.

571165622 1210578897761295 7054190390655030000 N
571558799 1210578891094629 3737957256150091750 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6936360