Aktiviti & Berita

MAJLIS BANDARAYA IPOH RANGKUL PINGAT GANGSA DI ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025

Putrajaya, 22 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila tersenarai dalam 10 agensi terbaik sektor awam dan berjaya merangkul Pingat Gangsa pada Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Dalam keputusan penuh yang diumumkan, MBI telah diiktiraf sebagai antara 10 agensi kerajaan terbaik daripada 131 agensi seluruh negara yang menyertai AIGA 2025, satu pencapaian yang amat membanggakan bagi warga MBI dan seluruh wargakota Ipoh.

Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan diterima oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, yang mewakili Majlis Bandaraya Ipoh.

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen serta usaha berterusan MBI dalam memperkukuh budaya integriti, mengamalkan tadbir urus yang cemerlang, serta melaksanakan langkah-langkah pencegahan rasuah secara konsisten di peringkat pihak berkuasa tempatan.

Pencapaian ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja MBI untuk terus memperkukuh amalan integriti dan profesionalisme dalam setiap aspek pentadbiran serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat bandar raya.

Pengiktirafan ini bukan sahaja mengangkat imej MBI sebagai organisasi berintegriti dan telus, malah membuktikan bahawa budaya kerja berasaskan prinsip tadbir urus baik (good governance) mampu menghasilkan prestasi cemerlang serta meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan tempatan.

Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) merupakan inisiatif tahunan kerajaan yang bertujuan mengiktiraf organisasi sektor awam dan swasta yang menunjukkan kecemerlangan dalam pelaksanaan nilai integriti, tadbir urus baik serta usaha pencegahan rasuah, sejajar dengan aspirasi kerajaan ke arah pentadbiran yang bersih, berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.

Lebih membanggakan, MBI merupakan satu-satunya agensi awam dari Negeri Perak yang berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 terbaik agensi awam AIGA 2025, setelah melepasi penilaian ketat dan tapisan menyeluruh yang dijalankan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) selaku penganjur utama anugerah tersebut.

568736087 1207083804777471 2247094385758692622 N
568743417 1207083714777480 6798167354914648675 N
569394531 1207083868110798 5192729945629483514 N
571152479 1207083774777474 8051355265826857636 N
571170557 1207083754777476 5687301344918646722 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945302