Aktiviti & Berita

BANTUAN AWAL MBI KE KAWASAN BANJIR DAERAH LARUT MATANG DAN SELAMA

Taiping, 24 Oktober 2025 – Operasi pemindahan mangsa bencana banjir di kawasan Taiping telah dilaksanakan awal pagi tadi.

Seramai 14 orang anggota daripada Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah digerakkan sebagai pasukan bantuan awal bagi membantu pihak berkuasa tempatan dan agensi penyelamat di kawasan terjejas.

Pasukan bantuan ini telah kembali ke Ipoh selepas selesai penugasan awal, namun bersedia untuk digerakkan semula sekiranya terdapat keperluan bagi bantuan pasca banjir seperti kerja-kerja pembersihan, atau sekiranya berlaku gelombang banjir susulan di kawasan berkenaan.

Majlis Bandaraya Ipoh menzahirkan penghargaan kepada semua anggota terlibat atas keprihatinan dan semangat tanggungjawab tinggi dalam membantu mangsa bencana.

568710095 1208209291331589 850191391008417560 N
568940805 1208209247998260 879278452358571474 N
571042997 1208209264664925 1607261384946738348 N
571131866 1208209284664923 5828331538362619454 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945254