Aktiviti & Berita

SIMPOSIUM MUZIK IPOH: KONSERT NASYID – DARI TRADISIONAL KE KONTEMPORARI

Ipoh, 25 Oktober 2025 – Bandaraya Ipoh bergema dengan alunan muzik ketuhanan menerusi penganjuran Konsert Nasyid: Dari Tradisional ke Kontemporari, yang berlangsung malam tadi di Dewan Bandaran.

Konsert istimewa ini menghimpunkan barisan artis ternama tanah air dalam genre nasyid dan muzik berunsur ketuhanan, termasuk UNIC, Raihan, Hijjaz, Lah Ahmad, Azan Addin Ruffedge, Pot Amir Innuendo serta Zizi Kirana. Penganjuran ini bertujuan meraikan keindahan muzik nasyid dalam pelbagai bentuk daripada gaya tradisional hingga kontemporari di samping memperkukuh kedudukan Ipoh sebagai sebuah pusat seni dan budaya yang dinamik.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato’ Ab. Wahab bin Dato’ Seri Azizul Hassan, YB Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, serta Dato' Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Kehadiran para tetamu kehormat ini melambangkan sokongan padu terhadap usaha memperkasa seni muzik tempatan serta memperluas apresiasi masyarakat terhadap muzik berteraskan nilai murni dan spiritual.

Program ini dianjurkan oleh PORT (People of Remarkable Talent) dengan sokongan pelbagai agensi termasuk Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak.

Penganjuran Konsert Nasyid: Dari Tradisional ke Kontemporari bukan sahaja mempersembahkan keindahan irama dan seni suara Islamik, malah menjadi platform untuk mengangkat semula muzik nasyid sebagai medium dakwah moden yang segar, relevan dan menyatukan masyarakat melalui mesej ketuhanan serta nilai kemanusiaan sejagat.

570413828 1209798067839378 4139837036654027029 N
571017075 1209798077839377 9093305135295997915 N
571218880 1209797981172720 5801875260705375271 N
572015977 1209797977839387 555317403252786222 N
572781184 1209797984506053 945360111724143845 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 16/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6936309