Aktiviti & Berita

IPOH HALF MARATHON @ IPOH LOW CARBON DAY 2025

Ipoh, 26 Oktober 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah berjaya menganjurkan Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) Edisi Ke-83 yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Ipoh.

Penganjuran kali ini turut diserikan dengan acara sukan tahunan Ipoh Half Marathon (IHM) @ Ipoh Low Carbon Day 2025, yang kini memasuki tahun kedua penganjurannya.

Program Ipoh Low Carbon Day (ILCD) kekal sebagai salah satu inisiatif utama MBI dalam merealisasikan transformasi Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon, selaras dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRECC).

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan MBI untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap pengurangan intensiti pelepasan karbon di bandar raya Ipoh, seiring dengan matlamat nasional bagi mengurangkan pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45% menjelang tahun 2030.

Penganjuran ILCD edisi kali ini menerima sambutan amat menggalakkan dengan kehadiran lebih 4,000 peserta dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah tersebut, 2,500 peserta telah menyertai acara larian Ipoh Half Marathon (IHM) yang melibatkan tiga kategori utama iaitu 21 km (Half Marathon) yang dilepaskan pada jam 3.00 pagi, 10 km yang bermula pada jam 4.00 pagi manakala 5 km pula (Fun Run) bermula pada jam 7.30 pagi.

Upacara pelepasan bagi kategori 5 km telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Tema ILCD kali ini ialah “Akses Kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental Ketika Menghadapi Musibah dan Kecemasan” bersempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) yang disambut pada bulan Oktober,

Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental dan emosi, khususnya dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan serta menjadikan masyarakat lebih empati, prihatin dan berdaya tahan dalam mendepani tekanan serta krisis.

Setiap peserta IHM menerima baju-T rasmi, medal penyertaan, cip masa (timing chip), nombor bib, e-sijil, serta barangan cenderamata (goodies). Para pemenang bagi setiap kategori turut membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi, manakala acara cabutan bertuah menawarkan basikal dan barangan elektrik sebagai hadiah utama.

Program turut dimeriahkan dengan pertunjukan taekwondo oleh anak-anak anggota MBI, yang menambah keceriaan suasana kekeluargaan dan semangat komuniti dalam kalangan para peserta dan pengunjung.

Penganjuran Ipoh Half Marathon @ Ipoh Low Carbon Day 2025 bukan sahaja mencapai objektif memperkukuh kesedaran terhadap gaya hidup rendah karbon, tetapi turut memberi impak positif terhadap kesejahteraan fizikal dan mental para peserta serta komuniti setempat.

569189675 1209914161161102 925271464724163670 N
569956037 1209914217827763 1976209453001422039 N
571140327 1209914244494427 3294177783040917096 N
571282089 1209914211161097 7597102378419151160 N
571349338 1209914251161093 2890899955196017578 N
571350688 1209914167827768 9039918357248376343 N
571767946 1209914267827758 5576447620263570655 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945202