Aktiviti & Berita

KEJADIAN RIBUT DAN POKOK TUMBANG DI BANDARAYA IPOH

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ingin memaklumkan bahawa kejadian ribut berserta angin kencang telah berlaku sekitar jam 6.30 petang pada 13 Februari 2026 yang melibatkan beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh. Antara lokasi yang terjejas termasuk Pusat Bandaraya, Bercham, Taman Perpaduan, Ulu Kinta serta beberapa kawasan lain.

Kejadian tersebut telah menyebabkan banyak pokok tumbang dan dahan sekah, sekali gus menghalang laluan serta menimbulkan risiko keselamatan kepada orang awam. Berdasarkan situasi yang boleh dikategorikan sebagai bencana, beberapa jabatan di bawah MBI telah melaksanakan tindakan segera secara bersepadu bagi mengawal keadaan dan menjalankan operasi pembersihan.

Jabatan Taman dan Landskap, Jabatan Kerja Awam serta Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Bandar telah digerakkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok tumbang. Operasi ini melibatkan penggunaan aset dan jentera seperti skylift, lori terbuka, tong RORO, jentolak serta jengkaut bagi mempercepatkan proses pengalihan pokok dan sisa cantasan di lokasi terlibat.

Dalam masa yang sama, Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan telah mengambil langkah awal dengan membuat penutupan lokasi kejadian menggunakan pita keselamatan dan kon sebagai langkah berjaga-jaga serta sebagai makluman kepada orang awam. Maklumat serta koordinat lokasi pokok tumbang turut disalurkan kepada jabatan berkaitan bagi memastikan tindakan pembersihan dapat dilaksanakan secara tersusun dan efisien.

Selain penglibatan jabatan-jabatan MBI, operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Pasukan Bomba Sukarela sekitar Ipoh dalam membantu mempercepatkan kerja-kerja pembersihan dan memastikan keselamatan awam terpelihara.

Kerja-kerja pembersihan pada 13 Februari 2026 telah difokuskan kepada membuka semula laluan-laluan utama yang terhalang oleh pokok tumbang bagi memastikan pergerakan kenderaan kembali lancar. Operasi tersebut berjaya diselesaikan sekitar jam 2.00 pagi. Kerja-kerja susulan diteruskan dengan pengutipan dan pembersihan sisa-sisa pokok di pelbagai lokasi dalam bandaraya dan dijangka mengambil masa selama dua hari untuk diselesaikan sepenuhnya.

Majlis Bandaraya Ipoh komited dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan serta pelupusan sisa pokok tumbang secara menyeluruh demi memastikan persekitaran bandaraya kekal selamat, bersih dan kondusif untuk kesejahteraan seluruh warga Ipoh.

633094018 1296830659136118 396379528718819022 N
633106331 1296830649136119 4577538517876157992 N
633227803 1296831032469414 1993490534374437258 N
633801714 1296830855802765 1868800213863627791 N
633888696 1296830965802754 3665407802790546506 N
634007915 1296831069136077 4545528470152213307 N
634015577 1296830629136121 1755599991418798639 N
634022924 1296830699136114 8376456362392974359 N
634099084 1296830782469439 1885201737631678591 N
634206099 1296830622469455 3591990508205393964 N
634978595 1296830945802756 4372973855843087253 N
635071220 1296830799136104 8199886760415241981 N
635101076 1296831025802748 107730276685473276 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945197