Aktiviti & Berita

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2026

Ipoh, 21 Mac 2026 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan telah berlangsung dengan penuh meriah di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada hari ini.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.

Selain itu, Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Majlis sambutan ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat dan pemimpin serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Negeri Perak Darul Ridzuan.

654220609 1325457222940128 447809624767058056 N
654226593 1325457039606813 6274204648696017951 N
654228875 1325457086273475 4789102751796531965 N
654796355 1325457152940135 2568552600083511011 N
654832187 1325457132940137 4563019820139299818 N
655598694 1325457172940133 607331498164102701 N
655772975 1325457052940145 77241147737310911 N
656223090 1325457166273467 1208241091661767115 N
656918511 1325457099606807 1249757115728917022 N
657314676 1325457206273463 4859443224789381040 N
657462994 1325457139606803 1341501571666642965 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/07/2026.
  • Jumlah Pelawat 6945073