Kuala Kangsar, 21 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mencemar duli berangkat ke Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Negeri Perak Darul Ridzuan yang berlangsung di Masjid Ubudiah.
Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa serta Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.
Selain itu, Yang Berbahagia Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh turut hadir ke majlis tersebut.
Majlis ini menjadi platform untuk merapatkan hubungan silaturahim antara rakyat dan kepimpinan negeri, di samping menyemarakkan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh keberkatan dan keharmonian.