2000 PESERTA SERTAI PROGRAM IPOH LOW CARBON DAY BULAN DISEMBER 2024
22 Disember 2024 - Program bulanan Ipoh Low Carbon Day anjuran Majlis Bandaraya Ipoh telah menutup tirai Siri ke-76 bagi tahun 2024 dengan jayanya.
Dianggarkan seramai 2000 peserta bersama sokongan daripada 50 peserta khemah telah menjayakan program tersebut.
Program berlangsung selama 3 jam dengan tema Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) yang disambut pada 5 Disember setiap tahun telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1985.
Program ILCD juga turut disertai oleh Institut Latihan Perindustrian Ipoh yang telah sudi memberi sokongan dan kerjasama menganjurkan Acara Larian TVET Fun Run 2024 sejauh 5KM dengan peserta berdaftar seramai 500 orang.
Institut Latihan Perindustrian(ILP) adalah dibawah Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program Latihan Kemahiran Pra-Pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara.
Negeri Perak turut meletakkan matlamat untuk menjadi negeri rendah karbon dalam usaha mengekang fenomena perubahan iklim. Kerajaan yakin hasrat untuk Malaysia menjadikan negara Malaysia sifar pelepasan gas rumah kaca menjelang 2050 mampu direalisasikan.
Langkah mitigasi dan adaptasi dapat mengurangkan impak perubahan iklim dan pemanasan global perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
Selaras dengan itu khemah Green Energy Asia Asia (GEA) yang telah melancarkan kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai, dimana setiap jumlah minyak terpakai tersebut diproses untuk ditukarkan kepada biodiesel.
Peserta yang hadir boleh membawa minyak terpakai dari rumah dan menukarnya dengan wang tunai. 30 pelanggan terawal yang membuat penjualan Minyak Masak Terpakai berpeluang menerima hadiah misteri daripada pihak GEA.
Kesemua acara telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Datuk Bandar Ipoh bersama Ts Azmi bin Mat, Pengarah ILP Ipoh.

- Hits: 541