55 PIHAK BERKUASA TEMPATAN SERTAI KARNIVAL SUKAN PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MALA) FASA 1 2026

18 April 2026- Sebanyak 55 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara mengambil bahagian dalam Karnival Sukan Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) Fasa 1 2026.

Kejohanan yang berlangsung di negeri Pahang itu melibatkan empat sukan dipertandingkan iaitu, golf, sepak takraw, petanque dan dart.

Terdahulu majlis perasmian sukan MALA 2026 telah dirasmikan YB Dato’ Mohammad Fakhrudin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang yang berlansung di Majlis Perbandaran Bentong, malam tadi.

Berucap pada majlis berkenaan beliau berkata penganjuran karnival ini menjadi medium dalam memperkukuh jaringan kerjasama, hubungan profesional serta semangat muhibah antara warga kerajaan tempatan tanpa mengira latar belakang.

Selain itu penganjuran karnival ini juga turut menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menampilkan keunikan Negeri Pahang sebagai destinasi eko-pelancongan utama yang kaya dengan khazanah alam, warisan budaya serta keistimewaan makanan tempatan.

Dalam pada itu beliau turut berharap agar semangat kesukanan yang terjalin sepanjang karnival ini akan terus menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara PBT, sekali gus mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat secara inklusif dan berkesan.

Menerusi karnival ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menghantar 32 kontinjen untuk menyertai sukan yang dipertandingkan.

672686683 1348140404005143 376887027251067722 N
672794470 1348140544005129 1186391831125742717 N
673081578 1348140697338447 2238227254965642426 N
673520228 1348140737338443 8700491967191917018 N
674602845 1348140650671785 3411870926995933306 N
675240763 1348140444005139 4952869767204438527 N
677085000 1348140597338457 8991639308484193099 N
677107353 1348140487338468 4955257743667499041 N
  • Hits: 162
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6807627