DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DAN DYMM RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS MAKAN MALAM AMAL NUSANTARA

3 Mei 2025 - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Makan Malam Amal Nusantara anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Pusat Konvensyen Ipoh malam tadi.

Keberangkatan baginda berdua pada jam 8.30 malam disambut YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan isteri YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. Dato' Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin dan YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah Binti Md Nor, YB Dato' Mohamad Zahir bin Abd Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan YBhg. Datin Aznee Binti Abu Samah, YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abd Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan YBhg. Datin Che Fauziah Binti Ahmad serta YBrs. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.

Menurut Tuan Clr. Muhammad Hamzah bin Md Hamdan, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merangkap Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, penganjuran makan malam amal itu bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Bakti Gunung Keledang bagi pelaksanaan program dan aktiviti kebajikan sepanjang tahun ini.

Kelab itu turut menyasarkan untuk membantu kerajaan negeri menyebarluas maklumat berkaitan program TVET dalam usaha memperkasa bidang tersebut.

Menerusi penganjuran majlis itu, sebanyak 10 pertubuhan telah dipilih merangkumi pertubuhan anak yatim, pusat pendidikan, tabung pelajar yatim, persatuan orang kurang upaya (OKU) dan maahad tahfiz bagi menerima sumbangan berjumlah keseluruhan RM150,000.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,400 orang tetamu itu turut menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU) antara KBGK dengan beberapa badan antaranya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selepas majlis santapan, hadirin disajikan dengan tujuh lagu iaitu Mentera Semerah Padi, Ada, Tanya Sama Itu Hud Hud, Hati Emas, Mustika, Bonda dan diakhiri dengan lagu Satu Hari Di Hari Raya oleh penyanyi terkenal tanah air, Dato' (Dr) M.Nasir.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan kemudiannya berangkat balik apabila majlis yang berjaya mengumpulkan dana RM700,000 melalui hasil jualan 140 meja itu tamat sekitar jam 11.00 malam.

494304028 1072200064932513 6015509424834196356 N
494364196 1072200454932474 5041446620188290470 N
494551054 1072200221599164 3269940148624937536 N
494622083 1072199774932542 5154544774107575841 N
494638401 1072199568265896 5224763657162393169 N
494687541 1072200411599145 3333368976314484879 N
494704287 1072200024932517 4840136295283623203 N
494708750 1072199108265942 1984194508475498835 N
494731427 1072200364932483 659741574748468719 N
494928968 1072199524932567 2025269581409881889 N
494979152 1072199264932593 6029112274581793895 N
495053926 1072199704932549 7305649433285454936 N
495196033 1072199384932581 4364317253560653995 N
495294138 1072199328265920 7158487573155872932 N
495342646 1072199048265948 5734674355992448810 N
495438915 1072198998265953 7026008124205334948 N
495476421 1072199608265892 6863809723004515418 N
495532826 1072199461599240 5705722433578492789 N
495623202 1072200294932490 6453692089687939317 N
496007302 1072200148265838 8447092459101149687 N
  • Hits: 10
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:05/05/2025| Visitors Count :
  • All 5653660