KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA NEGERI PERAK KE ATAS DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 15 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Tuan Mohd Nazri bin Ismail, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Perak, ke atas YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh di Bangunan MBI.

Pertemuan ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara MBI dan SPR Negeri Perak, khususnya dalam aspek penyelarasan pentadbiran, perkongsian maklumat serta sokongan logistik yang berkaitan dengan pelaksanaan proses demokrasi dan pilihan raya di kawasan pentadbiran bandar raya Ipoh.

YBhg. Datuk Bandar Ipoh turut menzahirkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan menyatakan komitmen MBI untuk terus memberikan kerjasama sewajarnya kepada SPR Negeri Perak selaras dengan bidang kuasa serta peranan pihak berkuasa tempatan.

Kunjungan ini turut mencerminkan hubungan erat antara agensi kerajaan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, teratur dan profesional.

721860358 1397643242388192 4925530221343126098 N
722767875 1397643255721524 4298366212329220608 N
724539699 1397643279054855 7682527891872473379 N
725015519 1397643212388195 1823254922248035495 N
725518511 1397643285721521 7103313140025098481 N
725584487 1397643195721530 8846092262037881255 N
  • Hits: 43
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6806376