LAWATAN PENJURIAN TOILET OF THE YEAR AWARD (TOTYA) 2025 DI IPOH

Ipoh, 18 Ogos 2025 – Lawatan penjurian Toilet of The Year Award (TOTYA) 2025 bagi kategori stesen minyak di bawah kawasan operasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah diadakan di Stesen Minyak Shell, Jalan Hospital Ipoh.

Penjurian tersebut telah dilaksanakan oleh tiga orang panel yang dilantik oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu Encik Mohd Firdaus Siau Bin Abdullah (KPKT), Tuan Haji Hasan (Persatuan Bilik Air dan Kualiti Malaysia - QRAM) serta Encik Jonathan Lim (MOTAC).

Turut hadir pada sesi tersebut ialah Pn. Piriya Sivasundram, Pengurus Operasi Syarikat Shell, bersama-sama Penolong Pengarah Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, En. Faizalhawafiz Bin Abd Wafar; Penguasa Kesihatan, En. Lau Tiong Fuie; serta pegawai-pegawai kesihatan persekitaran Pn. Nur Suria Binti Mohd Yusop, Pn. Suraya Binti Rohaidi dan Pn. Maisarah Binti Yahya.

Sesi taklimat dan penerangan mengenai konsep Smart Toilet yang bersih, selamat dan canggih telah disampaikan oleh Encik Bahakhi Bin Mohammad,
Pengusaha Stesen Minyak Shell, Jalan Hospital Ipoh. Penerangan tersebut mendapat maklum balas positif daripada pihak juri.

Penganjuran TOTYA 2025 diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan tandas, di samping memberi pengiktirafan kepada usaha pihak swasta dalam menyediakan kemudahan tandas awam bertaraf BMW – Bersih, Menawan dan Wangi.

533787453 1152669750218877 7796253278771377042 N
534561822 1152669843552201 4794663152248852420 N
534608499 1152669356885583 2647270806130090351 N
534620910 1152669390218913 4105029663693009015 N
534783377 1152669703552215 3214739603477698835 N
534792213 1152669370218915 7676486024968151716 N
534994641 1152669506885568 2404899371570318654 N
535373905 1152669873552198 7221592198646267415 N
535393881 1152669706885548 5637944410617126447 N
535545768 1152669450218907 2515228526255977298 N
535957913 1152669360218916 9049544519595189801 N
536208439 1152669453552240 4961279566531782612 N
536714717 1152669300218922 910072825642083889 N
  • Hits: 434
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:26/06/2026| Visitors Count :
  • All 6814937