LAWATAN YBHG. DATUK BANDAR IPOH DAN AHLI-AHLI MAJLIS MBI KE TAPAK PELUPUSAN SANITARI SISA PEPEJAL PAPAN ULU JOHAN

Ipoh, 21 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh bersama Ahli-Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Papan Ulu Johan, Mukim Belanja, Perak bagi meninjau operasi dan pengurusan sisa pepejal secara sistematik serta mampan.

Tapak pelupusan ini dibangunkan sebagai Tapak Pelupusan Tahap 4 mengikut piawaian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) – tahap tertinggi teknologi pelupusan sanitari di Malaysia. Ia menerima purata 620 tan sisa pepejal sehari dari kawasan pentadbiran MBI dan sekitarnya, dengan operasi dilaksanakan mengikut piawaian alam sekitar yang ketat bagi mengawal pencemaran terhadap tanah, udara dan sumber air.

Dalam lawatan tersebut, rombongan diberi taklimat dan meninjau fasiliti utama di tapak berkenaan termasuk Loji Rawatan Air Larut Resapan (Leachate Treatment Plant – LTP) yang mampu merawat sehingga 400 meter padu sehari. Loji ini memastikan air buangan sisa pepejal diproses dengan sempurna sebelum dilepaskan, sekali gus melindungi alam sekitar dan kesihatan awam.

Selain itu, rombongan turut melawat Loji Tenaga Boleh Baharu Berasaskan Biogas dengan kapasiti penjanaan 2MW. Loji ini memanfaatkan gas metana daripada pereputan sisa organik untuk ditukar kepada tenaga elektrik dan disalurkan ke grid nasional. Inisiatif ini menyokong agenda tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Lawatan kerja ini telah memberikan pendedahan menyeluruh kepada pimpinan MBI mengenai keupayaan fasiliti moden pengurusan sisa pepejal, di samping memperkukuh komitmen MBI dalam usaha kelestarian alam sekitar dan pembangunan bandar raya yang lebih mampan.

535912644 1155002729985579 6245467814030244474 N
536341032 1155002853318900 6286151786500357567 N
536365783 1155002839985568 5464336591545097527 N
536492177 1155002753318910 1924434098569423028 N
536658915 1155002793318906 8777300928813231358 N
537026241 1155002803318905 8356873805453258751 N
537036251 1155002919985560 5346570513295613097 N
537102129 1155002673318918 6067228087534544347 N
537116640 1155002889985563 8205652612669946366 N
537291039 1155002869985565 4650402246059127046 N
537392214 1155002913318894 6640661805599788138 N
537444280 1154680220017830 6381091380064825030 N
537818069 1155002676652251 1819691795062671320 N
  • Hits: 301
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:06/06/2026| Visitors Count :
  • All 6313473