MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UTAMA CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN MBI TAHUN 2026

Ipoh, 7 Mei 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI Tahun 2026 di Ruang Legar, Ipoh Convention Centre (ICC), sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai taksiran yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka kepada Bandaraya Ipoh.

Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran ini telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu dan terus mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga kota. Inisiatif ini merupakan usaha MBI untuk menghargai komitmen pembayar cukai di samping menggalakkan budaya pembayaran cukai taksiran secara konsisten.

Bagi tahun 2026, MBI menawarkan sebanyak 228 hadiah menarik bernilai keseluruhan RM106,000 kepada warga kota yang bertuah. Hadiah utama yang ditawarkan ialah sebuah kereta Proton Saga MC3 1.5 Standard. Selain itu, hadiah-hadiah lain termasuk dua buah motosikal, televisyen 65 inci, peti ais 660 liter, Honor Pad, komputer riba, wang tunai serta beberapa barangan elektrik menarik.

Pada 27 April 2026, MBI telah melaksanakan 228 cabutan bertuah secara digital bagi mengenal pasti pemenang. Pada majlis hari ini, sebanyak 28 cabutan khas diadakan bagi menentukan penerima Hadiah-hadiah Utama yang ditawarkan.

Untuk makluman, MBI telah merekodkan jumlah kutipan bayaran cukai taksiran setahun sebanyak 128,865 bil, dengan jumlah bayaran sebanyak RM71.42 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding tahun 2025, iaitu 123,329 bil dengan kutipan sebanyak RM68.64 juta.

YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh yang hadir menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI Tahun 2026 merakamkan penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menunaikan tanggungjawab pembayaran cukai taksiran serta terus memberikan sokongan kepada usaha MBI dalam membangunkan bandar raya ini.

“Pembayaran ini adalah tanda positif bahawa warga kota menyambut baik pelaksanaan Bil Setahun Cukai Taksiran serta program Cabutan Bertuah yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Syabas dan tahniah kepada warga Ipoh yang terus memberikan sokongan padu kepada MBI dalam merealisasikan hasrat menjadikan Bandaraya Ipoh Bestari Sejahtera,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Clr 'Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, ketua jabatan, media, wakil penduduk kawasan Bandar Botani serta wargakota Ipoh yang menyaksikan majlis secara langsung menerusi Facebook Live.

687965836 1363576312461552 7673514976480390622 N
687980821 1363576355794881 2699643361969717963 N
687990472 1363576432461540 4001828210892440629 N
688954599 1363576289128221 1901473386922451457 N
690641757 1363576365794880 1392730706076772479 N
690745590 1363576389128211 1837028047768278944 N
693739992 1363576275794889 8696137053937604655 N
693739992 1363576322461551 4615958350232466042 N
  • Hits: 131
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6807132