MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIKTARAF JALAN MEDAN IPOH 2

10 April 2025 - YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Naik taraf Jalan Medan Ipoh 2 pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh YB Jenny Choi Tsi Jen, ADUN Canning merangkap Timbalan Speaker DUN Perak, YB Howard Lee Chuan How Ahli Parlimen Ipoh Timur, dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.

Projek berjumlah RM478,028.40 ini telah diluluskan di bawah peruntukan BP.1 oleh pihak KPKT pada tahun 2024.

Projek ini bukan sekadar mementingkan infrastruktur fizikal, tetapi merupakan satu penyelesaianstrategik kerana berdasarkan kajian trafik terperinci, Jalan Medan Ipoh 2 telah berkembang menjadi laluan utama bagi penduduk dan pengunjung ke kawasan komersial dan perumahan sekitar.

Sebelum projek ini dimulakan, pelbagai aduan sering diterima mengenai jalan yang berlubang yang membahayakan pengguna jalan raya, dan air bertakung semasa musim hujan serta masalah
kekurangan parkir di Kawasan tersebut. Hal ini berpunca daripada kawasan tersebut yang tidak diturap dan isu sistem aliran trafik yang tidak efisien.

Melalui projek menaik taraf ini yang melibatkan sepanjang 710 meter panjang jalan, beberapa
penambahbaikan utama telah dilaksanakan iaitu:
- Pelebaran jalan dan pengurusan semula lorong trafik
- Penurapan semula bagi menyediakan permukaan yang rata;
- Penyusunan semula ruang letak kenderaan bagi mengelakkan isu parkir tepi jalan berlaku;
- Naik taraf lampu jalan kepada sistem LED, bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, terutama pada waktu malam.

Untuk tujuan ini, sebanyak RM 483,197.80 juga telah diperuntukan di bawah peruntukan BP.1 oleh pihak KPKT pada 2024 yang melibatkan sebanyak 259 batang lampu jalan di sekitar Medan Ipoh
termasuk Jalan burung belibis bagi kerja menaik taraf lampu jalan kepada sistem LED dan ini adalah sebagai bukti komitmen pihak kerajaan Madani dalam memastikan pencahayaan jalan yang lebih baik dan mesra alam.

Selain itu, projek menaik taraf ini juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengurangkan risiko kemalangan berlaku disebabkan jalan berlubang serta menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan komersial Medan Ipoh demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk sekitar dan warga Ipoh.

Sebagai kesinambungan kepada inisiatif ini, YB Menteri KPKT turut mengumumkan satu lagi projek menaik taraf akan dilaksanakan di Jalan Medan Ipoh 6, yang turut melibatkan penambahan ruang letak kenderaan.

Usaha ini bertujuan bagi menyokong keperluan parkir yang semakin meningkat, dan yang paling penting sekali untuk membaiki jalan yang rosak dan tidak rata. Selain itu, menerusi peruntukan BP.1 terdapat beberapa jalan di sekitar Medan Ipoh turut dilaksanakan kerja penurapan semula jalan iaitu melibatkan kos sebanyak RM 1,374,000.00 bagi projek di 7 jalan yang berbeza sepanjang 3.125 Kilometer.

Jalan-jalan yang terlibat adalah seperti berikut

1 JALAN MEDAN IPOH SERVICE ROAD 2
2 JALAN MEDAN IPOH 1
3 JALAN MEDAN IPOH 11
4 JALAN MEDAN IPOH 6 SERVICE ROAD
5 JALAN MEDAN IPOH 6
6 JALAN MEDAN IPOH 6 SERVICE ROAD 1
7 LEBUH MEDAN

Hasil usaha ini diyakini bukan sahaja dapat mengurangkan isu kekurangan parkir, tetapi dengan permukaan jalan yang rata dan halus, Pengguna jalan raya akan berasa lebih selamat dan lebih selasa.

Semoga usaha ini menjadi model kepada pelaksanaan projek infrastruktur bandar yang lebih sistematik dan mesra rakyat di masa akan datang.

489525067 1054881993330987 5696735671766127964 N
489755727 1054882083330978 4858342765270829801 N
489783757 1054881979997655 8045818726432812205 N
489795265 1054882116664308 7230506553657111713 N
489927390 1054882036664316 5041941784583558541 N
490009923 1054882053330981 8007235500334710507 N
490080028 1054882279997625 5727419345097847611 N
490110925 1054881946664325 6923366697691363066 N
490185716 1054882219997631 7368852331988193680 N
490300456 1054882329997620 2245788062288073544 N
490342798 1054882156664304 2973349714151061749 N
490652544 1054881906664329 3089452610864884539 N
490808340 1054882009997652 9001093676615060904 N
  • Hits: 34
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:02/05/2025| Visitors Count :
  • All 5647533