MBI EDAR 2,000 BEKAS BUBUR LAMBUK
Ipoh, 12 Mac 2026 – Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk termasuk bubur cha cha telah diedarkan kepada warga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena Program Bubur Lambuk MBI 2026 yang dianjurkan bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan.
Majlis penyerahan bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Y.Bhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Tuan Wong Kar Keat, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, serta barisan Ahli Majlis dan Ketua Jabatan MBI.
Program ini melibatkan penyertaan empat kumpulan utama iaitu Merket Yeop, Kampung Muafakat, Istana Bulan Putih Ramadan Mubarak dan Kampung Sawah yang berganding bahu menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga kerja MBI.
Kumpulan Merket Yeop dianggotai oleh Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran, Unit Korporat dan Aduan Awam, Jabatan Perancangan Bandar, Unit Audit Dalam serta Urban Transformation Centre Perak.
Kumpulan Kampung Muafakat melibatkan Jabatan Perbendaharaan,
Jabatan Perkhidmatan Komuniti & Kemasyarakatan, Jabatan Taman & Landskap, Cawangan Pesuruhjaya Bangunan dan Unit Ukur Bahan & Perolehan.
Kumpulan Istana Bulan Putih Ramadan Mubarak pula melibatkan Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan, Jabatan Kawalan Pembangunan, Unit Ipoh Convention Centre, Unit Kerjasama Awam Swasta dan Unit Integriti.
Sementara itu, kumpulan Kampung Sawah terdiri daripada Jabatan Kerja Awam, Jabatan Penilaian dan Percukaian, Unit Perundangan, Unit Pusat Setempat, Jabatan Pelesenan serta Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat.
Penganjuran Program Bubur Lambuk MBI 2026 ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kerja MBI, di samping meneruskan tradisi memasak dan mengagihkan bubur lambuk setiap kali menjelang bulan Ramadan.
Bagi memeriahkan lagi suasana program tahunan ini, turut diadakan Pertandingan Hiasan Khemah yang disertai oleh keempat-empat kumpulan.
Dalam pertandingan tersebut, kumpulan Merket Yeop telah dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM400. Tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Kampung Muafakat dengan hadiah RM300, manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan Kampung Sawah yang menerima RM200. Tempat keempat pula dimenangi oleh kumpulan Istana Bulan Putih Ramadan Mubarak dengan hadiah RM100.
Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh hubungan kerjasama, semangat kebersamaan serta ukhwah dalam kalangan warga kerja MBI.

- Hits: 240