MBI JOHAN PERBARISAN & NAIB JOHAN PAKAIAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN NEGERI PERAK 2025

Ipoh, 31 Ogos 2025 – Kontinjen Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diumumkan sebagai Johan Perbarisan bagi Kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta, serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Naib Johan bagi kategori Pakaian Terbaik sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025 yang berlangsung pagi tadi.

Atas kejayaan tersebut, kontinjen MBI membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000 – masing-masing RM6,000 bagi Johan Perbarisan dan RM4,000 bagi Naib Johan Pakaian Terbaik – serta sijil penghargaan.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menyampaikan hadiah tersebut kepada kontijen MBI.

Penampilan kontinjen MBI kali ini menonjol melalui busana berkonsepkan slogan “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, yang menyerlahkan rekabentuk segak, gagah dan penuh semangat patriotik dengan aplikasi warna-warna Jalur Gemilang. Rekaan pakaian tersebut adalah hasil sentuhan kreatif Puan Nur Shuhada binti Samat dari Jabatan Perancangan Korporat MBI.

Kontinjen ini disertai 10 orang pegawai urusetia dan 56 anggota perbarisan daripada pelbagai jabatan MBI, yang telah menjalani latihan intensif sejak 30 Julai lalu. Persembahan bertenaga serta disiplin tinggi jelas memikat hati barisan juri, sekali gus melayakkan mereka meraih kemenangan berganda pada sambutan kali ini.

Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, bersama Setiausaha Bandaraya, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak menjadi tulang belakang dalam memberikan bimbingan kepada kontinjen MBI sehingga berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan ini.

539609883 1162395575912961 7765700921488612425 N
539926203 1162395605912958 7803832009495890903 N
539952968 1162395752579610 2823043102375079604 N
540388234 1162395629246289 1905444028922120764 N
540753773 1162395665912952 7418850083397849163 N
540871901 1162395585912960 2062845201484667192 N
541157048 1162395639246288 1570906993701047827 N
541275820 1162395709246281 8683886416732362666 N
541629518 1162395602579625 2570450303067969114 N
541777892 1162395699246282 419623525339360472 N
541999999 1162395672579618 7222208308272354388 N
  • Hits: 267
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:06/06/2026| Visitors Count :
  • All 6313485