PERHIMPUNAN BULANAN YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA & AMANAT TAHUN 2026
5 Januari 2026-Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Amanat Tahun 2026 telah berlangsung secara siaran langsung pada hari ini, 5 Januari 2026, bertempat di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Majlis ini telah dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, bersama barisan kepimpinan Negeri Perak. Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota kerajaan negeri, persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Penganjuran perhimpunan ini bertujuan memperkukuh penyampaian amanat kepimpinan tertinggi negara, di samping menyelaraskan hala tuju perkhidmatan awam agar terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Majlis berlangsung dengan lancar yang mencerminkan semangat kebersamaan serta komitmen berterusan seluruh warga perkhidmatan awam terhadap agenda pembangunan negara dan negeri.

- Hits: 80