TAKLIMAT KEPADA AHLI MAJLIS SIRI 1 BERKAITAN PERSEMPADANAN ZON DAN PERUNDANGAN

Ipoh, 17 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Taklimat Kepada Ahli Majlis Siri 1 Berkaitan Persempadanan Zon dan Perundangan pada hari ini di Dewan Azlan Shah, Tingkat 10, Bangunan MBI.

Taklimat ini bertujuan memberi penerangan serta kefahaman yang lebih jelas kepada Ahli Majlis berhubung perkara-perkara berkaitan persempadanan zon dan aspek perundangan yang melibatkan pentadbiran serta pelaksanaan dasar di bawah MBI.

Dalam sesi tersebut, Tuan Haji Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancangan Bandar MBI, telah menyampaikan taklimat berkenaan persempadanan zon, manakala Encik Syahrul ‘Azrin bin Ghazali, Penasihat Undang-Undang MBI, telah menyampaikan penerangan berkaitan aspek perundangan.

Penganjuran taklimat ini diharap dapat membantu Ahli Majlis memahami dengan lebih menyeluruh isu-isu yang dibincangkan, seterusnya memperkukuhkan peranan mereka dalam proses membuat keputusan yang lebih berkesan demi kepentingan bandar raya Ipoh.

671114920 1346880944131089 1638216636874622158 N
672078553 1346881007464416 8440526478358356833 N
672112466 1346880997464417 2563385875696531686 N
672161783 1346880954131088 1134711564237336847 N
  • Hits: 169
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6807622