CABUTAN BERTUAH CUKAI TAKSIRAN EDISI TAHUN 2026
Bagi menggalakkan pembayaran cukai taksiran bagi tahun 2026, Majlis akan menganjurkan Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Edisi Tahun 2026 dengan syarat bayaran dibuat secara penuh dan tanpa tunggakan.
Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah Hadiah Utama: Sebuah Proton Saga 1.5 GT(AT), Dua (2) buah motosikal, Smart TV 65 inci, Mesin basuh 10kg, Pelbagai barangan kelengkapan rumah dan wang tunai serta dua ratus (200) hadiah saguhati wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM100,000.00.
Sebagai tambahan, cenderahati khas turut menanti para pembayar awal selagi stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Majlis Bandaraya Ipoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama wargakota dalam menjelaskan cukai taksiran demi kesejahteraan dan pembangunan bandar raya Ipoh.
KEMUDAHAN PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN
Bagi memudahkan wargakota membuat pembayaran serta mengelakkan kesesakan terutama pada waktu puncak, Kaunter Bayaran Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Greentown akan dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Januari hingga Februari 2026, mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, kecuali pada hari cuti umum.
Selain itu, pihak Majlis turut menyediakan kaunter bayaran tambahan di UTC Perak yang beroperasi seperti berikut:
Isnin hingga Jumaat: 8.00 pagi hingga 9.00 malam
Sabtu dan Ahad: 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali pada hari cuti umum)
Kemudahan ini disediakan bagi membolehkan wargakota membuat pembayaran tanpa mengganggu urusan kerja seharian.
Di samping itu, wargakota juga digalakkan membuat bayaran cukai taksiran melalui saluran pembayaran atas talian, iaitu:
a) Portal rasmi Majlis: www.mbi.gov.my > e-Bayaran;
b) Aplikasi D-MBI;
c) Perbankan Internet;
d) JomPAY;
e) PBTpay.

- Hits: 232