MENU
Kutipan sampah domestik 2x seminggu adalah sementara. Kutipan akan kembali kepada 3x seminggu selepas isu kekurangan pekerja akibat Covid-19 selesai. Semak Jadual.
Majlis Bandaraya Ipoh telah meraih Anugerah Emas Regional Innovation Showcase On Team Excellence (RISTEX) 2021 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Majlis Perasmian Penutupan & Penganugerahan RISTEx 2021. Baca berita penuh.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh melawat Gerbang Malam malam tadi. Lawatan tersebut bagi meninjau operasi Gerbang Malam sejak pembukaan semula pada 15 September 2021. Baca berita penuh.
Projek yang bernilai RM2,809.300.00 ini telah bermula pembinaanya pada 8 Jun 2021 dan dijangka siap pada 8 Mac 2022. Lihat info lanjut.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah melancarkan 13 unit lori terbuka (8 tan) sempena Program Perkhidmatan Sampah Kebun dan Pukal (Percuma) pagi tadi bagi meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dalam usaha untuk merealisasikan hasrat menjadikan Ipoh sebagai bandaraya terbersih di Malaysia menjelang tahun 2023. Baca berita penuh.
YB Dato' Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak telah merasmikan tempat 'rehat dan rawat rider' (3R) yang lengkap dengan kemudahan ruang rehat, solat, tandas dan wifi percuma di sebelah Bangunan MBI pagi tadi. Baca berita penuh.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Liputan Kemudahan Wifi Percuma (MBIFREEWIFI) di SMK RPS Ipoh dan Penyerahan Tablet kepada 5 pelajar SMK RPS bagi tujuan PdPR serta 5 pek sumbangan makanan mewakili 50 pelajar yang kurang bernasib baik di hadapan Dewan Mesyuarat MBI. Baca berita penuh.
Majlis Bandaraya Ipoh memohon maaf di atas gangguan kepada perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Ipoh. Baca info lanjut.