MAKLUMAN PENUTUPAN PERSIARAN BANDARAYA
Dimaklumkan bahawa Persiaran Bandaraya akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 27 Ogos 2025 (Rabu) jam 6.00 petang sehingga 31 Ogos 2025 (Ahad) jam 6.00 pagi.
Penutupan ini adalah bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja persiapan serta penganjuran Merdeka Fun Ride 2025 yang bakal berlangsung sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang disediakan dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Kerjasama dan sokongan anda semua amatlah dihargai demi menjayakan program ini.
- Hits: 344
