PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI BOT DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG SEMPENA PERTANDINGAN MEMANCING

Ipoh, 15 Jun 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh ingin memaklumkan bahawa operasi bot di Taman Rekreasi Gunung Lang akan ditutup sementara pada 27 Jun 2026, Sabtu, bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Penutupan sementara ini adalah bagi memberi laluan kepada penganjuran Pertandingan Memancing yang akan berlangsung di kawasan tasik Taman Rekreasi Gunung Lang.

Sehubungan itu, semua aktiviti perkhidmatan bot dan urusan berkaitan tidak akan beroperasi sepanjang tempoh tersebut. Operasi bot akan disambung semula seperti biasa selepas tamat program berkenaan.

Majlis Bandaraya Ipoh memohon kerjasama dan perhatian orang awam berhubung penutupan sementara ini. Segala kesulitan amat dikesali.

  • Hits: 47
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6806169