PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026
PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026
09 – 12 MAC 2026 & 16 – 18 MAC 2026
(7 HARI)
>>> SEMAK JADUAL PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH PUKAL SEMPENA PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 <<<
- Pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menyediakan Jadual Perkhidmatan Kutipan Sampah Pukal Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1447H;
- Jadual kutipan akan bermula pada 9 HINGGA 12 MAC 2026 DAN 16 HINGGA 18 MAC 2026;
- Sebanyak 19 unit lori terbuka akan menjalankan kutipan sampah pukal mengikut jadual yang ditetapkan (seperti di Lampiran);
- Pihak Majlis memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi jadual yang telah ditetapkan;
- Bagi perabot-perabot, hendaklah dipecahkan terlebih dahulu kepada kepingan kecil serta DISUSUN dan DIIKAT dengan kuat;
- Penduduk hanya dibenarkan mengeluarkan sampah pukal dan diletakkan di luar pagar hadapan rumah mereka SEHARI SEBELUM JADUAL KUTIPAN dijalankan;
- Warga kota boleh menghubungi pihak majlis sekiranya terdapat sebarang pertanyaan di talian berikut 05-241 1022.

- Hits: 478
