IpohGo - Travel Smarter


IpohGo – Travel Smarter merupakan aplikasi yang mempromosi tempat-tempat menarik (point of interest) yang ada di kawasan bandar raya Ipoh. Aplikasi ini mengandungi maklumat mengenai tempat-tempat menarik untuk rujukan para pelancong.



MUAT TURUN APLIKASI IpohGo - Travel Smarter

Google Play (Android) 

https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.mbi.travel

App Store (iOS)

https://apps.apple.com/my/app/ipohgo/id6502320143

Huawei AppGallery (Android)

https://appgallery.huawei.com/#/app/C110427109

 




 

  • Hits: 12284

Announcement Archive

  • Hits: 4637

IPOH BANDAR EKONOMI DONAT









PELAN TINDAKAN IPOH BANDAR EKONOMI DONAT "IPOH DOUGHNUT ECONOMICS: A CITY PORTRAIT IN ACTION 2025-2030"

Pelan Tindakan Ipoh Bandar Ekonomi Donat yang bertajuk "Ipoh Doughnut Economics: A City Portrait in Action 2025-2030" telah dilancarkan oleh Y.Bhg Datuk Bandar Ipoh Tuan Zamakhshari Hanipah bersama Prof. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Executive Director Sunway Centre for Planetary Health dan Prof Dr. Maisarah Ahmad, CEO Institut Darul Ridzuan pada 12 Ogos 2025 semasa ASEAN Sustainability Urban Forum (ASUF 2025) di Kuala Lumpur Convention Centre.

Ianya telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tujuan-Tujuan Am MBI bil. 410/06/25 pada 17 Julai 2025 dan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Penuh MBI bil. 411/07/25 pada 30 Julai 2025. Ianya telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh melalui kerjasama dengan Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University dan Institut Darul Ridzuan, dan dengan geran daripada Yayasan Hasanah.

Pelbagai perkara telah diambilkira dan rujukan kepada perancangan di peringkat Majlis, Negeri Perak dan negara telah dibuat termasuk Rancangan Tempatan Ipoh 2035, Rancangan Struktur Negeri Perak 2040 dan Dasar Perbandaran Negara. Proses penyediaannya meliputi beberapa siri brainstorming, penerangan kepada pemegang taruh, sesi townhall dan pameran semasa program bulanan Ipoh Low Carbon Day. Ahli-ahli majlis, pelbagai jabatan MBI, agensi, NGO serta pihak-pihak berkepentingan telah terlibat dalam penyediaan tersebut yang diurusetiakan oleh Unit Bandar Ekonomi Donat MBI di bawah Pejabat Datuk Bandar sendiri. Ianya dibuat selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak sepertimana Flagship ke-15 Pelan Perak Sejahtera 2030.

Pelan tindakan ini merupakan panduan hala tuju ke arah Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat yang akan memastikan keseimbangan pembangunan asas-asas sosio-ekonomi adalah di bawah lingkungan sempadan ekologi. Ini bagi merealisasikan pembangunan bandaraya Ipoh adalah seimbang ke arah kesejahteraan wargakota Ipoh khasnya serta menyumbang ke arah kelestarian pembangunan Negeri Perak amnya.


INFO IPOH BANDAR EKONOMI DONAT :
  1. IPOH DOUGHNUT ECONOMICS IN BAHASA

  2. STEERING COMMITTEE

  3. PELAN TINDAKAN BANDAR EKONOMI DONAT 
    "Ipoh Doughnut Economics: A City Portrait in Action 2025-2030"
  • Hits: 9506

Archive Highlights

  • Hits: 7147
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:06/06/2026| Visitors Count :
  • All 6313301