Mengenai Kami

Soalan Lazim

KEBENARAN MERANCANG

Apa itu kebenaran merancang ?

Menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 ( Akta 172 ), Kebenaran Merancang ditafsirkan sebagai kebenaran yang diberi, dengan atau tanpa syarat untuk menjalankan pemajuan.

Apakah itu “ Pemajuan “ Atau “ Pembangunan “ ?

Menurut Akta 172, “ Pemajuan “ atau “ Pembangunan “ ditafsirkan sebagai menjalankan apa – apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa – apa kerja – kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat sesuatu perubahan matan tentang penggunaan sesuatu tanah atau bangunan atau mana – mana bahagian daripadanya, atau memecah – sempadan atau mencantumkan tanah: dan “ membangun “ atau “ memuji “ hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Apakah perkara – perkara yang memerlukan kebenaran merancang

Menurut Kaedah – kaedah Pengawalan Perancangan ( Am ) Negeri Perak, 1991, Kebenaran Merancang di mestikan berkenaan dengan pemajuan berikut :

a.    Untuk * mendirikan / membina / menjalankan di atas tanah yang diperihalkan suatu bangunan / bangunan – banugnan / kerja – kerja mengikut pelan yang disertakan;

b.    Untuk memecah bahagi tanah yang diperihalkan mengikut pelan yang disertakan;

c.    Untuk menyatukan tanah – tanah yang diperihalkan mengikut pelan yang disertakan;

d.    Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan tanah yang diperihalkan mengikut pelan yang disertakan;

e.    Untuk membuat perubahan yang matan dalam penggunaan bangunan di atas tanah yang di perihalkan mengikut pelan yang disertakan;

f.    Untuk menjalankan * tambahan / perubahan ke atas sesuatu bangunan di atas tanah yang di perihalkan mengikut pelan yang disertakan.

Bagaimanakah cara memohon kebenaran merancang?

Menurut Seksyen 21(1) Akta 172, Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang bagi sesuatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan ( Majlis BAndaraya Ipoh, Jabatan Perancang Bandar ) dan hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir butir dan disertakan dengan dokumen – dokumen, pelan dan bayaran yang ditetapkan.

Sesuatu permohonan untuk Kebenaran Merancang berkenaan dengan sesuatu pemajuan hendaklah dibuat dalam Botrang A Jadual Pertama seperti yang terkandung dalam Kaedah – Kaedah Pengawalan Perancangan ( Am ) Negeri Perak, 1991 yang boleh didapati di Jabatan Perancang Bandar, Majlis BAndaraya Ipoh.

PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

Apakah yang dimaksudkan dengan PEGANGAN ?
Secara ringkas “ Pegangan “ bermaksud harta iaitu tanah yang ada atau tidak ada bangunan di atasnya.
Apakah yang dimaksudkan dengan NILAI TAHUNAN ?

Nilai Tahunan didefinisikan sebagai anggaran sewa kasar untuk setahun bagi sesuatu pegangan / harta.Untuk tanah kosong dan tanah yang belum dimajukan sepenuhnya, Nilai Tahunan adalah 10% dari Nilai Pasarannya. Kadar ini boleh dikurangkan sehingga 5% dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Bagaimanakah proses kerja penilaian ini dilakukan ?

Pegawai – pegawai dari Jabatan ini akan menjalankan kerja penyiasatan tapak dan ukur periksa bangunan berkenaan. Semasa menjalankan tugas ini, pemilik – pemilik harta atau penghuni bangunan adalah diminta memberikan kerjasama dengan membenarkan mereka memasuki bangunan serta memberikan maklumat – maklumat atau mengisi boring – boring jika diperlukan.

Pegawai – pegawai ini memakai tanda nama dan memiliki kad kuasa. Sekiranya pemilik – pemilik harta berasa curiga, mereka bolehlah meminta untuk memeriksa kad kuasa berkenaan.

Satu notis mengenai Nilai Tahunan yang ditetapkan akan dikirimkan kepada pemilik harta sebelum Cukai Taksir tersebut dikuatkuasakan.

Sekiranya anda tidak berpuashati dengan penilaian yang ditetapkan, apakah hak anda ?

Anda boleh mengemukakan surat bantahan dengan syarat ianya mengikut tarikh seperti yang dinyatakan di dalam notis.

Majlis akan menimbangkan bantahan anda dan kemudiannya membuat keputusan.

Sekiranya anda masih tidak berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, anda boleh membuat rayuan seterusnya ke Mahkamah Tinggi.

Apakah masalah biasa yang sering dihadapi oleh pemilik – pemilik harta ?

Ada dua masalah biasa yang sering di hadapi, iaitu :-

i.    Tidak menerima sebarang bil untuk bayaran Cukai Taksir dan;

ii.    Kesalahan nama pada bil berkenaan atau bil tersebut masih lagi mencatatkan nama pemilik terdahulu.

Bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah tersebut ?

Amat mudah; Pada kebiasaannya bil – bil Cukai Taksir akan dikirimkan pada minggu pertama bulan Januari dan Julai setiap tahun. Sekiranya anda tidak menerimanya, sila datang ke pejabat ini. Kesalahan nama dan lain – lain boleh dipinda dengan syarat pemilik harta mengisi borang – borang yang disediakan.

Bagaimanakah boleh diperolehi borang – borang berkenaan ?

Borang – borang boleh diperolehi secara menulis surat atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan pengurusan harta, tingkat 4, Majlis Bandaraya Ipoh atau semak muat turun borang di portal MBI.

Apakah kesalahan-kesalahan yang selalu dilakukan oleh Pengendali Makanan?

1. Tempat penyediaan / penjual kotor.
Tempat penyediaan / penjualan yang kotor dan berbau boleh menarik minat lalat atau serangga lain untuk hinggap. Juga kawasan ini boleh membawa kuman-kuman dari lalat atau serangga dan percikan air sewaktu berjalan. Perbuatan ini adalah salah dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasa mengikut undang-undang kecil 4 (1).

2. Menggunakan air dari tandas persendirian / awam.
Air dari tandas atau dari dalam tempat yang digunakan untuk membuang air kecil / besar dan bilik mandi mungkin kotor. Ini adalah kerana terdapatnya percikan-percikan air sewaktu membuang air kecil / besar dan mandi. Air ini bukan sahaja kotor tetapi boleh membawa kuman yang merbahaya. Perbuatan sedemikian boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang kecil 3(b).

3. Menggunakan air selain daripada air paip saluran utama.
Penggunaan air dari sumber lain yang mungkin tidak memberi jaminan terhadap kebersihan. Air yang digunakan mungkin mengandungi kuman yang boleh membawa penyakit kepada pengguna. Ini adalah satu kesalahan yang boleh didenda mengikut undang-undang kecil 3(a).

4. Kebersihan diri pengendali makanan dan pakaian kotor.
Keadaan diri dan pakaian yang kotor boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut Undang-undang kecil 7 (1).

5. Pembungkus makanan untuk jualan.
Penjualan apa-apa makanan menggunakan kertas yang terdapat tulisan atau cetakan diatasnya adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan mengikut undang-undang kecil 12 (5).

6. Kawasan persekitaran kotor.
Kawasan persekitaran yang kotor boleh memberikan kesan-kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. Keadan sedemikian juga adalah menjadi tempat pembiakan serangga seperti lalat, lipas dan lain-lain. Kawasan persekitaran demikian boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan mengikut undang-undang kecil 4(2).

7. Menggunakan kain kotor untuk membersihkan peralatan dan bungkusan makanan.
Menggunakan kain yang tekah digunakan untuk menyapu habuk atau lain-lain benda kotor untuk menyapu peralatan dan bungkusan makanan adalah menjijikkan dan membahayakan kesihatan pengguna. Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-undang Kecil 9.

8. Peralatan kotor digunakan untuk aktiviti memasak.
Menggunakan peralatan seperti senduk, sudip dan lain-lain yang kotor boleh membahayakan kesihatan kepada pengguna di mana peralatan yang kotor ini selalunya menjadi pembiakan kuman. Keadaan ini boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang Kecil 15 (2).

9. Menggunakan peralatan menghidang yang kotor.
Peralatan menghidang perlulah dibersihkan setiap kali penggunaan. Ini adalah untuk mengelakkan saki baki daripada hidangan terdahulu melekat dan boleh membiakkan kuman. Keadaan ini boleh dikena tindakan mengikut Undang-undang Kecil 14 (1).

SISTEM TEMPAT LETAK KERETA BERKUPON

Apakah tujuan sistem tempat letak kereta berkupon diperkenalkan?

Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) member kuasa kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk mengutip bayaran dan mengawal tempat-tempat letak kereta di kawasannya bertujuan seperti berikut:

  •     Mewujudkan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai untuk meletakkan kereta
  •     Mengawal perletakan kereta-kereta supaya tersusun dan tidak mengganggu lalulintas
Bilakah sistem kutipan letak kereta berkupon digunakan?

Majlis Bandaraya Ipoh menggunakan Sistem Letak Kereta Berkupon mulai 1 September 2006

Apakah Kadar Bayaran Kupon?
RM0.30 – ½ Jam
RM0.60- 1 Jam
RM4.00- 1 Hari

Bagaimanakah cara mendapatkan kupon?

Kupon letak kereta boleh didapati daripada ejen-ejen sah yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Ipoh di seluruh kawasan Majlis Bandaraya Ipoh
Setiap ejen yang dilantik akan dibekalkan dengan papan tanda sebagai pengenalan

Bagaimanakah cara menggunakan kupon?

Sila goreskan 5 bahagian bagi tahun, bulan, hari, jam dan minit, waktu mula penggunaan kemudian pamerkan di atas “Dassboard”
Jika lebih dari satu kupon dipamerkan untuk satu jangkamasa, maka masa bagi kupon kedua dikira dari berakhirnya masa kupon pertama
Kesilapan menggores kupon ini dianggap batal dan boleh dikompaun

Apakah Kesalahan-Kesalahan yang sering dilakukan?
  1. Tidak mempamerkan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis atau semasa meletakkan kenderaan bermotor di dalam petak letak kereta berkupon
  2. Mempamerkan kupon letak kereta yang telah tamat tempot/tidak sah
  3. Mempamerkan kupon letak kereta di dalam kenderaan di mana kupon letak kereta tersebut tidak dapat dikenalpasti atau dilihat oleh Pembantu Penguatkuasa( Tempat Letak Kereta) semasa menjalankan pemeriksaan
  4. Mempamerkan kupon letak kereta tanpa membuat penandaan yang betul
  5. Meletakkan kenderaan bermotor di luar dari petak letak kereta di tempat letak kereta
  6. Menghalang petak letak kereta
  7. Kenderaan bermotor yang diletak tidak mengikut arah lalu lintas
  8. Berniaga di tempat letak kereta
  9. Meletakkan kenderaan bermotor yang menghalang pili bomba
  10. Meletakkan kenderaan bermotor di kawasan kaki lima/ siar kaki
  11. Meletakkan kenderaan bermotor di tempat selain dari yang ditetapkan bagi jenis kenderaan itu.
Denda?

Di mana kesalahan-kesalahan di atas boleh apabila disabitkan, didenta tidah lebih daripada RM300.00 dan apa-apa kost yang terhutang dan perlu dibayar seperti diperuntukkan di bawah seksyen 57, Perintah Pengangkutan Jalan ( Peruntukan Tempat Letak Kereta) (Majlis Bandaraya Ipoh) 2005

Perhatian :

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, boleh menghubungi nombor berikut hotline di 05-2083333 atau emailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/03/2024 | Jumlah Pelawat : 4998395