KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 2025 PERINGKAT PUSPANITA NEGERI PERAK SERTA PROGRAM SENAMROBIK “FITNESS MERDEKA PUSPANITA 2025”
Ipoh, 25 Ogos 2025 – Biro Sosial dan Kebudayaan PUSPANITA Negeri Perak telah menganjurkan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2025 peringkat PUSPANITA Negeri Perak bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Dr. Zoharah binti Omar, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Negeri Perak yang mewakili Pengerusi PUSPANITA Negeri Perak serta Puan Shamsinarhaliah binti Mohd Shamsuri, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA MBI yang mewakili Pengerusi PUSPANITA MBI.
Program yang berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh ini turut diserikan dengan acara Senamrobik “Fitness Merdeka PUSPANITA 2025” yang diadakan bermula jam 3.30 petang hingga 6.30 petang.
Penganjuran kempen ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan ahli PUSPANITA serta masyarakat umum dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis, kenderaan dan kawasan persekitaran.
Sementara itu, aktiviti senamrobik berkonsepkan kemerdekaan ini menjadi platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
Program ini bukan sahaja menzahirkan sokongan terhadap sambutan Hari Kebangsaan ke-68 tahun 2025, malah mencerminkan semangat perpaduan serta kebersamaan warga PUSPANITA dan masyarakat di Negeri Perak.

- Hits: 218