PROGRAM SAMBUTAN “SEMANGAT PATRIOTISME 2025” DI LORONG SENI@LORONG PANGLIMA, IPOH
Ipoh, 23 Ogos 2025 – Suasana meriah dan penuh warna-warni mewarnai Lorong Seni@Lorong Panglima, Ipoh sempena penganjuran Program Sambutan “Semangat Patriotisme 2025” anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Program ini bertujuan memperkasakan nilai harmoni, semangat perpaduan serta menyemarakkan jiwa patriotik dalam kalangan masyarakat setempat selaras dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, ketua jabatan, pegawai serta warga kerja Majlis Bandaraya Ipoh.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Kategori Dewasa), Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Peragaan Baju Patriotik 2025, Pertandingan Kuiz Terbuka, Pameran Hari Kebangsaan anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak, serta Jualan Kraftangan dan Persembahan Gema Warisan Budaya.
Pemenang bagi setiap pertandingan menerima hadiah wang tunai berserta sijil penyertaan sebagai penghargaan atas penglibatan mereka.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta dan delegasi Bridge Club International Organization bersama Presiden Bridge Club dari rantau Asia-Pasifik, yang sekali gus menyemarakkan lagi suasana muhibah di lokasi tersebut.

- Hits: 284