KUNJUNG HORMAT DELEGASI INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA (IIM) MENEMUI DATUK BANDAR IPOH
26 Mei 2025 - YBhg. Tuan Zamakhshari Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjung hormat Delegasi Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IIM petang tadi.
Kunjung hormat tersebut antara lain turut membincangkan mengenai cadangan Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025 yang akan diadakan di Ipoh pada bulan November. Selain itu, pertemuan tersebut juga memberi ruang kepada pihak IIM utk memperkenalkan produk-produk terbaru mereka seperti Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE), Modul Integriti Penguatkuasa (MIP) dan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) dalam usaha untuk membantu MBI memperkasa dan membudayakan nilai integriti bukan sahaja kepada pegawai dan anggota MBI malah turut menyasarkan penglibatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran awam berkaitan tatakelola yang baik.
Dalam masa yang sama, YBhg. Datuk Bandar Ipoh menyambut baik sebarang usaha seperti mana yang diterajui oleh IIM dan diharapkan kedua-dua pihak dapat bekerjasama menggembeleng tenaga dan usaha untuk memberi nilai tambah kepada amalan tatakelola yang baik.
MBI sentiasa serius serta tidak akan berkompromi dalam sebarang isu salah laku, salah guna kuasa dan penyelewengan yang seringkali dikaitkan dengan etika penjawat awam khususnya di MBI.
Ia turut dihadiri oleh Ketua Jabatan MBI dan IIM.
Semoga kunjung hormat tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan serta membantu meningkatkan lagi imej dan integriti MBI.

- Hits: 14