LEBIH 1800 WARGA MBI SERTAI MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI BANDAR RAYA IPOH KE-37

27 Mei 2025 - Lebih 1800 warga MBI telah menyertai Majlis Perhimpunan Khas Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Bandaraya Ipoh Ke-37 bersama Y.Bhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh YBhg. Clr. Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin, Clr. Tuan Lee Tze Hoo, Ahli Majlis mewakili Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.

Menurut Datuk Bandar, dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan Majlis Bandaraya Ipoh mentadbir kawasan pentadbiran Bandaraya Ipoh, saya masih menekankan “Back to Basic” yang merangkumi aspek utama iaitu KEBERSIHAN, KEHIJAUAN DAN KEMAJUAN. Jika ketiga-tiga aspek ini berjaya dilaksanakan maka saya yakin, Ipoh bakal menjadi Bandaraya Bestari Sejahtera.

Antara persiapan yang perlu dilaksanakan adalah untuk memperkasakan aspek KEBERSIHAN, KEHIJAUAN dan KEMAJUAN yang boleh kita jadikan panduan unutk menjadikan bandar raya Ipoh sebagai sebuah Bandaraya Bestari Sejahtera. Ia harus merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

i. Mentafsir KEBERSIHAN bukan sahaja dari segi kebersihan sampah, longkang dan rumput (SLR) yang telah kita amalkan sebelum ini tetapi kepada KEBERSIHAN yang juga meliputi penjagaan alam persekitaran, kawalan pencemaran ruang udara, pengurangkan pelepasan karbon serta pembangunan yang mesra-alam dan harmoni dengan pembangunan sekeliling;

ii. Tafsiran KEHIJAUAN bukan sahaja kita tumpukan kepada penyediaan kawasan lapang dan kawasan hijau, pokok dan landskap sahaja tetapi ia juga boleh diperluaskan diperluaskan agar merangkumi 4 teras Bandar Rendah Karbon iaitu Bangunan Hijau, Infrastruktur Hijau, Persekitaran Hijau dan Pengangkutan Hijau;

iii. Seterusnya memperluaskan tafsiran KEMAJUAN daripada pembangunan fizikal dan bangunan-bangunan tinggi, kepada Maju yang merangkumi bandaraya yang maju dengan pelepasan karbon yang rendah, sistem pengangkutan bandar yang cekap, perbandaran yang jimat didalam penggunaan tenaga dan kejayaan kita membentuk Komuniti Rendah Karbon.

Menurut beliau lagi, dalam meniti usia 37 tahun ini, Ipoh harus lebih bersedia mendepani cabaran dan melihat kepada keperluan masa depan. Sebagai pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh perlu dinamik dan produktif dalam mengurus isu perbandaran serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan.

Semoga warga MBI akan terus bekerjasama sebagai satu pasukan untuk meneruskan kecemerlangan Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan utama di negeri Perak mahupun untuk seluruh negara. Warga MBI juga perlu sedar bahawa setiap kejayaan MBI akan memberi impaks yang besar dan positif kepada Kerajaan Negeri Perak. Tanpa komitmen tinggi warga MBI maka sudah tentu MBI ini tidak akan mencapai tahap cemerlang seperti sekarang kerana warga MBI adalah nadi penggerak ke atas kejayaan MBI.

500014138 1088332993319220 1720153930099559971 N
500015565 1088332923319227 1972483467571585045 N
500063428 1088333189985867 2835585878873650837 N
500063432 1088332776652575 7574237957075351168 N
500074542 1088333026652550 5913647723203945609 N
500127089 1088332979985888 8593985440127300742 N
500135857 1088333306652522 6118344186523379880 N
500145346 1088333226652530 5244214942784116610 N
500216785 1088332889985897 5066058903951896981 N
500239208 1088332859985900 8372738142339526158 N
500313058 1088333063319213 4454455860091455338 N
500366353 1088333279985858 4403152336025666957 N
500465094 1088333076652545 4407677274038370417 N
500705621 1088333166652536 5106967521824879830 N
500732169 1088333269985859 1014156633605545723 N
500792925 1088333206652532 309601971653114272 N
500967649 1088333176652535 6487478381195373839 N
501031309 1088333136652539 6588669762247185189 N
501325041 1088333256652527 4416407083978317375 N
500047916 1088333333319186 5258223614704192568 N
500133187 1088332853319234 4470981667613042074 N
500229808 1088332999985886 5045332941072381291 N
500230206 1088333296652523 1975836418167830994 N
500230496 1088333246652528 561458738862839020 N
500231166 1088333036652549 3051640381373543835 N
500231457 1088333119985874 1501370360971350998 N
500544803 1088332916652561 1461519646970768943 N
500657963 1088333346652518 1141283239237685891 N
501600854 1088332789985907 5419635723780045845 N
  • Hits: 16
mbir

Check out MBI Portal Radio  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:27/05/2025| Visitors Count :
  • All 5703977