KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI KHAS YAB MENTERI BESAR PERAK BAGI KAWASAN MANJOI KEPADA DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 1 Ogos 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Asmuni Awi, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak bagi Kawasan Manjoi, bertempat di pejabat beliau di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) petang ini.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara pihak pentadbiran Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan khususnya dalam konteks pembangunan dan kesejahteraan kawasan Manjoi yang terletak dalam pentadbiran MBI.

Dalam pertemuan itu, pelbagai isu pembangunan, kebajikan rakyat serta cadangan penambahbaikan infrastruktur dibincangkan secara terbuka dan konstruktif. Ia turut menyentuh keperluan kerjasama erat dalam memastikan segala perancangan pembangunan yang melibatkan kawasan Manjoi dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan.

YBhg. Datuk Bandar turut menyambut baik segala input serta cadangan yang dikemukakan oleh YBhg. Dato’ Asmuni dan menzahirkan komitmen penuh pihak MBI untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri demi manfaat penduduk setempat.

Kunjungan ini mencerminkan keprihatinan bersama terhadap kepentingan rakyat dan menjadi platform penting dalam merangka hala tuju pembangunan kawasan secara inklusif dan mampan.

525948206 1138611301624722 8285110428404734036 N
526291654 1138611314958054 5758925146666082791 N
526533278 1138611344958051 2386813538988762359 N
526705567 1138611391624713 522427431161726453 N
526805785 1138611378291381 6971330313045868096 N
526992842 1138611354958050 731336156301757779 N
  • Hits: 666
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6808019