MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN MALAYSIAN CULTURE & LANGUAGE IMMERSION PROGRAM (M-CLIP) 2025

Ipoh, 1 Ogos 2025 – Majlis Perasmian Penutupan Malaysian Culture & Language Immersion Program (M-CLIP) 2025 telah berlangsung di MU Hotel, Jalan Chung On Siew, Ipoh pada petang ini.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mewakili Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah.

Turut menyerikan majlis ialah barisan kepimpinan MBI serta wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak, termasuk YDH Toh Amar Pahlawan Dato' Ahmad Hariri bin Kamarudin, Ahli Majlis MBI merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pelancongan, Seni Budaya dan Warisan MBI; serta Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Komuniti Bandaraya, Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan MBI.

M-CLIP 2025 merupakan program tahunan yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara bagi mempelajari Bahasa Melayu serta menyelami keunikan budaya Malaysia.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berteraskan bahasa dan budaya tempatan seperti persembahan tarian tradisional, lawatan ke tapak-tapak warisan sejarah, bengkel masakan tempatan dan sesi interaksi bersama komuniti setempat.

Penganjuran M-CLIP 2025 bukan sahaja memperkukuh hubungan antarabangsa, bahkan turut memartabatkan Bahasa Melayu dan mempromosikan pelancongan budaya di Bandaraya Ipoh dan negeri Perak , sejajar dengan hasrat Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Ipoh sebagai hab budaya serantau.

525296289 1138610194958166 6382818311913245460 N
525886031 1138610101624842 3949307589173356180 N
526270842 1138610171624835 773981245506336567 N
526327071 1138610114958174 4403987106141958837 N
526540032 1138610161624836 4420289983821631643 N
526857210 1138610048291514 2665063335000481851 N
527404677 1138610061624846 6369009693367250201 N
527461528 1138610251624827 74522953821755384 N
527629993 1138610214958164 6920553381671771043 N
  • Hits: 563
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6808114