MAJLIS PERASMIAN ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI TAHUN KEEMPAT PERSIDANGAN DUN PERAK KE-15
Ipoh, 14 April 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, telah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 yang berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua telah disambut oleh YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan YB Dato' Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Bandar Ipoh, YBhg. Tuan Zamakhshari Hanipah.
Istiadat dimulakan dengan lagu kebesaran Negeri Perak berkumandang serta pengibaran Bendera Peribadi Sultan, sebelum DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara, Ulu Kinta.
Kawalan Kehormatan Utama itu diketuai oleh Pegawai Pemerintah Batalion 1 PGA Ulu Kinta, Supt Ooi Jin Bin. Pegawai Pemerintah Baris Kawalan Kehormatan Utama pula diketuai oleh DSP Mohd Fatahlul Moin Mat Isa dan dibantu oleh Penolong Pegawai Pemerintah Baris, ASP Mohd Izzat Ayob.
Sementara itu, pegawai pembawa panji-panji ialah Insp Mohd Izwan Mohd Salleh, manakala Sarjan Mejar Baris ialah Sub-Inspektor Aswadi Bohari.
Pancaragam pengiring pula terdiri daripada Pancaragam Polis Diraja Malaysia Cawangan Kedah yang dipimpin oleh Insp Syed Mohd Izzudin Syed Salehudin.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut berkenan menyempurnakan perasmian istiadat tersebut.
Persidangan DUN Perak kali ini bermula hari ini dan akan berlangsung hingga 21 April 2026.

- Hits: 186