OPERASI BERSEPADU MENANGANI GELANDANGAN DI SEKITAR HOTEL LOTTE, JALAN DATO ONN JAAFAR DAN JALAN FOO YET KAI

Ipoh, 14 April 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta sokongan Jabatan Kesihatan MBI, telah melaksanakan Operasi Bersepadu Menangani Gelandangan di beberapa kawasan tumpuan awam sekitar bandar raya ini, meliputi kawasan sekitar Hotel Lotte, Jalan Dato Onn Jaafar dan Jalan Foo Yet Kai, hari ini.

Operasi yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah diketuai oleh
Encik Abdul Halim bin Saad, Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI. Ia turut dihadiri oleh YBhg. Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua Whip Ahli Majlis MBI dan Encik Muhamad Zul Hazmi bin Sham, Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBI.

Operasi ini melibatkan seramai 24 anggota pelbagai agensi, terdiri daripada 15 anggota penguat kuasa MBI, 5 anggota JKM dan 4 anggota AADK, dengan sokongan logistik sebanyak dua buah lori dan sebuah van.

Selain itu, operasi ini turut dibantu oleh pasukan pembersihan daripada Jabatan Kesihatan MBI yang melibatkan penggunaan sebuah lori terbuka yang dikendalikan oleh seorang pemandu dan empat kru, serta sebuah lori tanker yang dikendalikan oleh seorang pemandu dan seorang kru, bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi di lokasi terlibat.

Pelaksanaan operasi ini merupakan satu langkah bersepadu dan proaktif dalam menangani isu penempatan serta keberadaan gelandangan di kawasan awam, di samping memastikan persekitaran bandar raya sentiasa berada dalam keadaan bersih, teratur dan selamat untuk kegunaan masyarakat.

Selain memberi fokus kepada aspek pembersihan dan penguatkuasaan, operasi ini juga menitikberatkan aspek kebajikan golongan gelandangan melalui pendekatan intervensi sosial yang lebih menyeluruh dan berperikemanusiaan.

Sepanjang operasi dijalankan, seramai lapan (8) individu telah ditahan untuk menjalani ujian saringan air kencing oleh pihak AADK di Pejabat Penguat Kuasa Jalan Bandar.

Daripada jumlah tersebut, seorang (1) individu telah diambil tindakan lanjut oleh pihak AADK, manakala selebihnya telah diserahkan kepada pihak JKM untuk tindakan susulan serta intervensi kebajikan yang bersesuaian.

Melalui kerjasama strategik antara MBI, JKM dan AADK, serta sokongan padu daripada Jabatan Kesihatan MBI, pendekatan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan mengawal keadaan di lapangan, malah memastikan kawasan terlibat dibersihkan secara menyeluruh dan golongan yang memerlukan menerima bantuan sewajarnya berdasarkan keperluan semasa.

Majlis Bandaraya Ipoh akan terus komited memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dalam menangani isu sosial secara holistik, berhemah dan berkesan demi kesejahteraan warga bandar raya Ipoh.

Usaha seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan awam kekal kondusif, bersih dan selamat.

Sehubungan itu, orang ramai turut diseru agar memberikan kerjasama serta menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat keperluan tindakan lanjut berkaitan isu gelandangan di sekitar bandar raya ini.

669573121 1344265107726006 3961058305387440565 N
670488295 1344265204392663 7050238217222353691 N
670913698 1344265164392667 8173569622782211382 N
670949142 1344265241059326 1684874900344090347 N
671342170 1344265251059325 5032890141886717946 N
671542814 1344265157726001 6357049188905833116 N
671987944 1344265217725995 6478591771280714413 N
672698432 1344265297725987 8284839652601208368 N
673571876 1344265117726005 5094938766932160265 N
  • Hits: 146
mbir

Check out RadioTV BI Portal  and MBI Radio Facebook for DJ segment info
ipohse
  • Ipoh City Council, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Copyright © 2023 Ipoh City Council (MBI). Suitable for displaying using IE version 9 & above, Mozilla Firefox version 6.0 above and Google Chrome 13.0 above with a resolution of 1024 x 768 above. Update:23/06/2026| Visitors Count :
  • All 6807768