MORE THAN 1500 MBI STAFF JOINED THE 'EXECUTIVE TALK' CEREMONY, INNOVATION & INTEGRITY FOR MBI 2024 WITH THE MAYOR OF IPOH
4 Disember 2024 - Lebih 1500 warga MBI telah menyertai Majlis 'Executive Talk', Inovasi dan Integriti Peringkat MBI Tahun 2024 bersama Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Tuan Amin Idris, Penceramah Motivasi, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.
Menurut Datuk Bandar, dalam usaha untuk meneruskan kecemerlangan Majlis Bandaraya Ipoh mentadbir kawasan pentadbiran Bandaraya Ipoh, beliau telah memperkenalkan konsep BIG sebagai panduan pembangunan MBI:
• Balance (Keseimbangan)
• Intelligence (Kepintaran)
• Governance (Tadbir Urus)
Konsep BIG ini akan menjadi asas dalam pembangunan ekonomi, sosial, dan infrastruktur Bandaraya Ipoh, yang membawa kita ke arah kemajuan holistik.
1. Balance (Keseimbangan)
Keseimbangan adalah asas kepada pembangunan mampan. Kita harus memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, kesejahteraan masyarakat, dan pemeliharaan alam sekitar.
Sebagai contoh, pelbagai inisiatif infrastruktur, seperti pembinaan taman hijau dan sistem pengangkutan awam yang lebih baik, akan menyokong gaya hidup sihat untuk masyarakat. Pada masa yang sama, pembangunan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) akan diberi keutamaan untuk memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara adil kepada semua lapisan masyarakat.
2. Intelligence (Kepintaran)
Daya saing dan keberkesanan pentadbiran bandar raya bergantung kepada kepintaran dalam perancangan dan pelaksanaan. Teknologi canggih, seperti kecerdasan buatan (AI), akan digunakan untuk:
• Meningkatkan pengurusan trafik bagi mengurangkan kesesakan jalan raya melalui sistem ramalan trafik pintar;
• Menambah baik pengurusan sisa dengan pendekatan yang lebih cekap dan mesra alam;
• Mengurangkan penggunaan tenaga melalui bangunan cekap tenaga yang menggunakan sistem pintar.
Langkah-langkah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan bandar raya, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kelestarian persekitaran.
3. Governance (Tadbir Urus)
Tadbir urus yang cekap dan telus adalah tunjang kepada kejayaan kita. Pendekatan kolaboratif yang melibatkan komuniti setempat, sektor swasta, dan pihak berkuasa tempatan akan memastikan pembangunan dilaksanakan dengan berkesan.
Sebagai contoh, kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini merupakan langkah penting ke arah membersihkan urusan rasuah dalam pentadbiran. Usaha ini bertujuan menggalakkan integriti dalam pengurusan sumber awam dan memperkukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap Majlis Bandaraya Ipoh.
Proses membuat keputusan yang telus, bebas daripada pengaruh negatif, akan memastikan setiap projek pembangunan dijalankan dengan bertanggungjawab. Pada masa yang sama, pengagihan manfaat pembangunan secara inklusif akan menjamin tiada golongan yang terpinggir, sekaligus meningkatkan keadilan sosial.
Melalui tadbir urus yang baik, MBI akan memastikan manfaat pembangunan diagihkan secara adil dan inklusif, di samping meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap MBI sebagai institusi yang telus dan berintegriti.
Pengiktirafan Ipoh sebagai Bandaraya Donut
MBI telah mencapai kejayaan besar tahun ini, iaitu UN-Habitat Scroll of Honour Award pada 7 Oktober 2024 di Querétaro City, Mexico. Pengiktirafan ini adalah hasil usaha Ipoh dalam melaksanakan prinsip Ekonomi Donut, menjadikan bandar raya kita ekonomi yang regeneratif memfokuskan kepada:
• Regenerasi
• Kesihatan planet
• Pemerkasaan komuniti
Dengan kejayaan ini, Ipoh kini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai contoh bandar raya yang berinovasi dalam menyelesaikan cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan projek-projek pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur mestilah menggunakan Konsep BIG—Balanced, Intelligence, Governance— yang merangkumi pelbagai aspek kearah kesejahteraan bandar dan meningkatkan kualiti hidup wargakota Bandaraya Ipoh. Diharapkan ia menjadi panduan kita dalam menghadapi cabaran dan merebut peluang di tahun 2025. Melalui pendekatan yang menyeluruh ini, kita yakin bahawa Bandaraya Ipoh akan terus berkembang sebagai sebuah bandar raya moden yang seimbang, pintar, dan berintegriti.
Ia juga adalah sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2023 yang menggariskan dua fokus utama iaitu yang pertama, menstruktur ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan yang kedua, meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.
Kerangka ini diterajui oleh tiga teras utama iaitu Menaikkan Siling, Tatakelola Baik dan Reformasi Sektor Awam dan Menaikkan Lantai yang disokong oleh enam nilai MADANI iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Kerangka ini juga berhasrat untuk mencapai tujuh aspirasi dalam tempoh jangka masa sederhana hingga panjang, yang merangkumi 30 ekonomi terbesar di dunia, 12 teratas dalam daya saing global, 25 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah, meningkatkan perkongsian pendapatan buruh kepada 45% dan 25 teratas dalam Indeks Pembangunan Manusia.
Memetik petikan kata-kata YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Perutusan Negara pada 21 Mei 2024, “Cita-cita Ekonomi MADANI mengangkat darjat hidup rakyat, menstruktur semula ekonomi bagi melonjak Malaysia sebagai jaguh hebat di rantau Asia”.
Kerajaan akan sedaya upaya dan berani membuat perubahan. Hanya dengan tekad yang jelas mampu mengeluarkan Malaysia daripada kancah perangkap pendapatan menengah dan seterusnya mencapai tujuh penanda aras Ekonomi MADANI. Ia bukanlah proses ke arah perubahan ampuh bukanlah suatu yang mudah. Malah, kita dituntut untuk keluar dari zon selesa agar perubahan dapat berlaku; dan kemajuan ekonomi yang dicapai ini 16 Confidential - Authorized for External Distribution tidak bermakna jika kita masih lagi dibelenggu pemikiran yang sempit dan tidak ada kemahuan atau ikhtiar untuk berubah.
Oleh yang demikian, MBI haruslah berganding bahu bersama-sama dalam memastikan perkhidmatan MBI kekal terbaik dan berdaya saing di mata dunia.
Semoga tahun 2025 warga MBI akan melakukan anjakan paradigma dalam proses kerja agar lebih efisien dan mengamalkan konsep BIG untuk memacu ke arah mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.
Untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera bukan suatu perkara yang mudah. Ia perlu didekati dengan cara baru yang radikal, sementara belajar dari apa yang berlaku pada masa yang lalu. Dalam melaksanakan usaha-usaha ini, pasti akan terdapat halangan dan kekangan, termasuk sasaran yang tidak dicapai, inisiatif-inisiatif yang mungkin tidak mendatangkan hasil, penolakan (dari segolongan masyarakat) terhadap perubahan dan cabaran-cabaran baru yang tidak dijangkakan.
Dalam mencapai kejayaan yang sedemikian, adalah juga merupakan perkara biasa bagi mengalami keadaan yang lebih merosot, ataupun berasa seolah-seolah keadaan semakin merosot, sebelum berubah menjadi lebih baik. Meskipun adanya cabaran-cabaran yang tidak dapat dielakkan, kerajaan akan bertahan dan berusaha mencapai matlamatnya. Ini akan dilakukan dengan kerjasama warga MBI, agensi Kerajaan, swasta, NGO dan keseluruhan wargakota Ipoh.
Dengan gandingan dan kerjasama yang mantap dari semua pihak ini maka tahun 2025 akan membawa sinar kecemerlangan. Jadikanlah tahun 2025, sebagai titik tolak untuk meletakkan Majlis Bandaraya Ipoh sebagai antara pihak berkuasa tempatan yang terbaik di rantau Asia.
MBI akan terus memastikan kesejahteraan dan peningkatan kualiti kehidupan di Ipoh di tahap yang terbaik. Di samping itu, penerapan Model ‘Sustainable Development Goals’ dapat sedikit sebanyak menyeimbangkan antara Pembangunan yang jitu dan juga pengukuhan asas sosial. Pada tahun hadapan MBI akan memfokuskan terhadap peningkatan Indeks Kebahagiaan melalui Return of Value peralihan daripada model ekonomi lama berasakan GDP atau Return of Investment.

- Hits: 198